West Wall Medal

West Wall Medal

West Wall Medal (Jerman: Deutsches Schutzwall-Ehrenzeichencode: de is deprecated |Bahasa Melayu: Pingat Tembok Barat) ialah sejenis pingat kebesaran politik Jerman Nazi. Ia telah dizahirkan pada 2 Ogos 1939 dan telah diberikan kepada orang yang mereka dan membina perkubuan di sempadan barat Jerman, di kenali sebagai Tembok Barat atau, dalam bahasa Inggeris, Garis Siegfried, dan kepada askar-askar yang berkhidmat disana antara 15 Jun 1938 hingga 31 Mac 1939.[1] Sejumlah 622,064 medal telah dikurniakan sehingga 31 Januari 1941.[1] Pada tahun 1944, selepas pencerobohan pihak Bersekutu, ia sekali lagi telah "dihidupkan semula" dan dikurniakan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perkubuan sempadan barat.[2] Ia dikurniakan kepada lebih 800,000 orang menjelang pengakhiran perang.[3]

Penerangan

Pingat ini mempunyai satu kelas. Ia telah diperbuat dari gangsa. Ia berbentuk bujur yang memaparkan sebuah bunker di bahagian hadapan (dari bawah hingga atas), pedang bersilang dan penyodok serta Helang Jerman.[2] Di bahagian belakang ia terukir tulisan "Für Arbeit zum Schutze Deutschlands" (Untuk Kerja Pertahanan Jerman).[2] Medal tersebut telah direka oleh Profesor Richard Klein, dari Munich. Reben berwarna perang keemasan dengan jalur putih disetiap kiri kanan tepi.

Pada tahun 1944, pengeluaran kedua telah dibuat untuk dianugerahkan kepada para pekerja dan anggota tentera yang memperkuatkan Garis Siegfried. Versi medal ini dikenali sebagai "Anugerah Kehormat Tembok Pertahanan", bagi membezakan pingat kembarnya pada tahun 1939, dan telah diperbuat daripada zink gangsa.[2] Satu bar dengan tarikh "1944" telah diluluskan untuk orang yang telahpun mempunyai versi 1939, tetapi anugerah ini tidak pernah dikeluarkan dengan banyak.[3]

Nota

  1. ^ a b Angolia 1989, m/s. 77.
  2. ^ a b c d Angolia 1989, m/s. 78.
  3. ^ a b Angolia 1989, m/s. 79.

Rujukan

  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 978-0912138169.CS1 maint: ref=harv (link)
Senarai anugerah tentera Reich Ketiga
Anugerah bagi semua khidmat
Tentera Darat / Waffen-SS
  • Anti-Partisan Guerrilla Warfare Badge
  • Army Anti-Aircraft Badge
  • Blue Division Medal (Germany)
  • Close Combat Clasp
  • General Assault Badge
  • Honour Roll Clasp of the Army
  • Infantry Assault Badge
  • Panzer Badge
  • Sniper's Badge
  • Tank Destruction Badge
  • Wehrmacht Long Service Award
  • Wehrmacht mountain troops badge
Luftwaffe
  • Anti-Aircraft Flak Battle Badge
  • Aviator badge
  • Balloon Observer's Badge
  • Ehrenpokal der Luftwaffe
  • Front Flying Clasp of the Luftwaffe
  • Ground Assault Badge of the Luftwaffe
  • Luftwaffe Honor plate
  • Parachutist Badge
  • Pilot/Observer Badge
Kriegsmarine
  • Auxiliary Cruiser Badge
  • Blockade Runner Badge
  • Destroyer War Badge
  • Fast Attack Craft War Badge
  • High Seas Fleet Badge
  • Minesweeper War Badge
  • Naval Artillery War Badge
  • U-boat Front Clasp
  • U-boat War Badge
Perisai Kempen
  • Cholm Shield
  • Crimea Shield
  • Demyansk Shield
  • Kuban Shield
  • Lappland Shield
  • Narvik Shield