Perisai Krimea

Lambang formasi Perisai Krimea

Lambang Perisai Krimea (Bahasa Jerman: Krimschild atau Crimea Shield) telah dikurniakan kepada askar Jerman dibawah pemerintahan Fil Marsyal Erich von Manstein yang berjuang dan menakluk semenanjung Krimea (Krim dalam bahasa Jerman) diantara bulan September 1941 hingga Julai 1942. Perisai Krimea telah dizahirkan pada 25 Julai 1942 dan merupakan lambang formasi perisai yang paling meluas diedarkan dengan jumlah lebih kurang 250,000 keping.

Daripada 21 September 1941 hingga 4 Julai 1942 askar Jerman telah berdepan dengan tentangan sengit dari tentera Rusia sewaktu cuba menawan pelabuhan-pelabuhan penting Laut Hitam sekitar Sevastopol. Kempen yang sukar ini telah diiktiraf dalam bentuk perisai.

Reka bentuk

Di bahagian atas perisai ini terdapat burung helang Jerman sedang mencengkam kalungan lambang swastika. Mengapit kiri kanan helang ialah tahun 1941 dan 1942, iaitu tarikh mula dan tamat kempen tersebut. Helang ini berlatarbelakangkan semenanjung Krimea, iaitu tempat pertempuran berlaku, dan mempunyai perkataan "Krim" yang dicap ke dalamnya.

Pemakaian

Lambang perisai ini telah dipakai pada sebelah atas lengan kiri uniform si penerima. Ia telah dijahit pada kain lapik tetapi terdapat dimana keadaan ia dibuang dan lambang perisai ini di pinkan pada uniform, tidak syak lagi atas sebab-sebab estetik.

Pelapik kain

Warna kain lapik menunjukkan penerima dari cawangan tentera seperti:

Hijau untuk Tentera Darat (Heer)

Biru untuk Tentera Udara (Luftwaffe)

Hitam untuk Armor (unit-unit Panzer)

Lihat juga

Senarai anugerah tentera Reich Ketiga
Anugerah bagi semua khidmat
Tentera Darat / Waffen-SS
  • Anti-Partisan Guerrilla Warfare Badge
  • Army Anti-Aircraft Badge
  • Blue Division Medal (Germany)
  • Close Combat Clasp
  • General Assault Badge
  • Honour Roll Clasp of the Army
  • Infantry Assault Badge
  • Panzer Badge
  • Sniper's Badge
  • Tank Destruction Badge
  • Wehrmacht Long Service Award
  • Wehrmacht mountain troops badge
Luftwaffe
  • Anti-Aircraft Flak Battle Badge
  • Aviator badge
  • Balloon Observer's Badge
  • Ehrenpokal der Luftwaffe
  • Front Flying Clasp of the Luftwaffe
  • Ground Assault Badge of the Luftwaffe
  • Luftwaffe Honor plate
  • Parachutist Badge
  • Pilot/Observer Badge
Kriegsmarine
  • Auxiliary Cruiser Badge
  • Blockade Runner Badge
  • Destroyer War Badge
  • Fast Attack Craft War Badge
  • High Seas Fleet Badge
  • Minesweeper War Badge
  • Naval Artillery War Badge
  • U-boat Front Clasp
  • U-boat War Badge
Perisai Kempen
  • Cholm Shield
  • Crimea Shield
  • Demyansk Shield
  • Kuban Shield
  • Lappland Shield
  • Narvik Shield