Sultan Shah Brunei

Shah Alam Brunei
شاه علام
 Brunei
Pemerintahan 1581 - 1582
Pendahulu Sultan Saiful Rizal
Pengganti Sultan Muhammad Hasan
Pasangan Dayang Seri Bulan
Nama penuh
Pengiran Muda Shah Berunai ibni Sultan Saiful Rizal
Ayahanda Sultan Saiful Rizal
Bonda Raja Isteri Pengiran Putri Khairani
Dimakamkan Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residensi, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
Agama Islam

Sultan Shah Alam Brunei merupakan Sultan Brunei ke-8 yang memerintah dari tahun 1581 hingga tahun 1582. Baginda merupakan putera kepada Sultan Saiful Rijal. Baginda juga merupakan antara Sultan-Sultan Brunei yang tidak lama memerintah.

Ketika hayatnya, bagindalah yang memulakan penggunakan bedil mariam di Brunei. Baginda begitu mengambil berat tentang pembuatan bedil ini dan kubu pertahanan dan serangan Sepanyol selepas kekalahan Sepanyol semasa perang Kastila pada tahun 1578. Sewaktu baginda menaiki takhta usia baginda sudah lanjut dan baginda hanya memerintah Brunei kurang dari satu tahun dan tidak sempat dipuspakan.

Dikatakan baginda tidak mempunyai putera, maka Takhta Kerajaan digantikan oleh adinda baginda Pg Muda Hasan menjadi Sultan Muhammad Hasan. Setengah tradisi lisan menyatakan Sultan Shah Brunei menyerahkan takhta Kerajaan pada adinda baginda semasa ada hayat baginda. Menurut riwayat yang didapati dari Sarawak, Sultan Shah Brunei berkahwin dengan Dayang Seri Bulan binti Datu Marpati (Raden Dipati) bin Raden Perbaita Seri (Raja Jura). Dayang Seri Bulan ini dalam perjalanannya ke Brunei telah jatuh sakit ketika berada di Miri dan meninggal di Miri lalu dimakamkan di Sungai Pujud Miri.

Pada tahun 1582, baginda menyerahkan takhta kepada adinda baginda, Sultan Muhammad Hasan. Baginda mangkat pada tahun yang sama.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
1581 – 1582
Penyandang Kemudian
Saiful Rijal Muhammad Hasan
  • l
  • b
  • s
Brunei Senarai Sultan Brunei Darussalam Brunei
1300-an
Muhammad Shah (1363 - 1402)
1400-an
Abdul Majid Hasan (1402 - 1408)  • Ahmad (1408 - 1425)  • Sharif Ali ( 1425 - 1432)  • Sulaiman (1432 - 1485)  • Bolkiah (1485 - 1524)
1500-an
Abdul Kahar (1524 - 1530)  • Saiful Rizal (1533 - 1581)  • Shah Brunei (1581 - 1582)  • Muhammad Hasan (1582 - 1598)  • Abdul Jalilul Akbar (1598 - 1659)
1600-an
Abdul Jalilul Jabbar (1659 - 1660)  • Muhammad Ali (1660 - 1661)  • Abdul Hakkul Mubin (1661 - 1673)  • Muhyiddin (1673 - 1690)  • Nasruddin (1690 - 1710)
1700-an
Husin Kamaluddin (1710 - 1730 dan 1737 - 1740)  • Muhammad Alauddin (1730 - 1737)  • Omar Ali Saifuddien I (1740 - 1795)  • Muhammad Tajuddin (1795 - 1804)
1800-an
Muhammad Jamalul Alam I (1804)  • Muhammad Tajuddin (1804 - 1807)  • Muhammad Kanzul Alam (1807 - 1826)  • Muhammad Alam (1826 - 1828)  • Omar Ali Saifuddin II (1828 - 1852)  • Abdul Momin (1852 - 1885)  • Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1885 - 1906)
1900-an
Muhammad Jamalul Alam II (1906 - 1924)  • Ahmad Tajuddin (1924 - 1950)  • Omar Ali Saifuddien III (1950 - 1967)  • Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (1967 - kini)
Kini