Stesen kuasa

Stesen Kuasa Big Bend di Florida, Amerika Syarikat.

Stesen kuasa (juga dikenali sebagai stesen penjana, loji kuasa, rumah kuasa atau loji penjana) merupakan kemudahan industri untuk penjanaan kuasa elektrik.[1][2][3] Di tengah-tengah hampir semua stesen kuasa terdapat sebuah penjana, sebuah mesin berputar yang menukar kuasa mekanik kepada kuasa elektrik dengan menghasilkan gerakan relatif antara medan magnet dan pengalir. Sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan penjana adalah pelbagai. Ia bergantung kepada kebolehdapatan bahan api, harga yang murah dan kepunyaan syarikat kuasa akan teknologi untuk mendapatkannya. Kebanyakan stesen kuasa di dunia membakar bahan api fosil seperti arang batu, minyak, dan gas asli untuk menjana elektrik, dan sesetengahnya pula menggunakan kuasa nuklear, tetapi terdapat beberapa peningkatan dalam penggunaan sumber yang boleh diperbaharui yang lebih bersih seperti suria, angin, ombak dan hidroelektrik. Stesen kuasa pusat menghasilkan arus ulang alik (AU), selepas Perang Arus Elektrik ketika abad ke-19 yang menunjukkan kelebihan pengagihan AU.

Loji janakuasa hidroelektrik, sungai Yenisei, Rusia.
Kuasa nuklear, Prancis.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ British Electricity International (1991). Modern Power Station Practice: incorporating modern power system practice (ed. 3rd Edition (12 volume set)). Pergamon. ISBN 0-08-040510-X.
  2. ^ Babcock & Wilcox Co. (2005). Steam: Its Generation and Use (ed. 41st edition). ISBN 0-9634570-0-4. |edition= has extra text (bantuan)
  3. ^ Thomas C. Elliott, Kao Chen, Robert Swanekamp (coauthors) (1997). Standard Handbook of Powerplant Engineering (ed. 2nd edition). McGraw-Hill Professional. ISBN 0-07-019435-1. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

  • (Inggeris)[https://web.archive.org/web/20070927104145/http://www.vgb.org/db_kks_eng.html Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine Sistem Pengenalan Stesen Kuasa)
  • (Inggeris)Rajah stesen kuasa Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine
  • (Inggeris)Stesen Kuasa Terbesar Di Dunia
  • (Inggeris)Pengoperasi, Pengagih dan Penghantar Loji Kuasa
  • (Inggeris)Pangkalan data bagi penghasilan karbon oleh loji kuasa di seluruh dunia (Pemantauan Karbon untuk Tindakan: CARMA)
  • (Inggeris)Loji Kuasa di Iceland, Galeri oleh islandsmyndir.is Iceland yang menggunakan tenaga geoterma dan hidroelektrik.