Sisi dekat (Bulan)

Nama-nama laut dan kawah utama yang terletak pada sisi dekat Bulan

Sisi dekat Bulan ialah hemisfera qamari yang menghadap Bumi secara tetap. Sisi Bulan yang tidak menghadap Bumi disebut Sisi jauh Bulan. Hanya satu muka Bulan, yakni sisi dekatnya, dapat dilihat dari Bumi kerana Bulan tidak berputar pada paksinya tetapi bergerak seperti bola yang terapung di atas air. Di sini, istilah air itu adalah orbit mengelilingi bumi. Bulan diterangai Matahari, dan fasa bulan disebabkan perubahan berkitar pada keadaan pemandangan dari Bumi. Bahagian-bahagian Bulan yang tidak diterangi kadang kalanya dapat dilihat dengan samar-samar akibat pancaran bumi, iaitu pantulan pancaran Matahari dari permukaan Bumi terhadap Bulan. Oleh sebab orbit Bulan berbentuk elips sedikit dan condong terhadap satah khatulistiwanya, librasi membolehkan sehingga 59% permukaan Bulan dilihat dari Bumi (akan tetapi hanya setengah pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat).

Pada tempoh masa sebulan qamari, lebih daripada setengah permukaan Bulan dapat dilihat dari Bumi.
Sisi dekat Bulan yang dilihat dalam tempoh satu bulan menunjukkan kesan librasi.

Lihat juga

  • Sisi jauh Bulan
  • Mare qamari
  • Kawah hentaman

Pautan luar

  • Lunar and Planetary Institute: Exploring the Moon
  • Lunar and Planetary Institute: Lunar Atlases
  • Ralph Aeschliman Planetary Cartography and Graphics: Lunar Maps