Salmah Ahmad

Salmah Ahmad
Kelahiran
Salmah binti Lagio

(1937-09-07) 7 September 1937 (umur 86)
Jalan Ibrahim, Johor Bharu, Johor, Malaysia
Nama lainSalmah Ahmad
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1957–1964
PasanganAhmad Shahlan (k. 1955–1981)
Anak-anak6

Salmah Lagio atau lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an.[1] Salmah Binti Lagio dilahirkan di Jalan Ibrahim, Johor Bahru.

Salmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru.[2] Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.

Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1962, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.

Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Tijah" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ibu Ayam, Anak Manja” dan lain-lain".

Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.

Filemografi

Filem

  • Pontianak (1957)
  • Dendam Pontianak (1957)
  • Satay (1958)
  • Sumpah Pontianak (1958)
  • Orang Minyak (1958)
  • Jula Juli Bintang Tiga (1959)
  • Rasa Sayang Eh (1959)
  • Noor Islam (1960)
  • Tun Tijah (1961)
  • Keris Sempena Riau (1961)
  • Jula Juli Bintang 7 (1962)
  • Selendang Merah (1962)
  • Siti Payong (1962)
  • Ibu Ayam (1963)
  • Anak Manja (1963)
  • Tun Mandan (1964)

Anugerah

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia - Diri Sendiri Artis Veteran
1965
Festival Filem Malaya
Noor Islam Aktres Terbaik Menang

Rujukan

  1. ^ Salmah Ahmad pentingkan disiplin.
  2. ^ SALMAH AHMAD .

Pautan luar