Roland Garros

Roland Garros
Di Tunisia selepas merentasi Laut Mediterranean melalui udara. September 1913
Kelahiran(1888-10-06)6 Oktober 1888
Meninggal dunia5 Oktober 1918(1918-10-05) (umur 29)
Vouziers, Ardennes, Perancis
Sebab kematianKemalangan pesawat
DikebumikanVouziers, Ardennes, Perancis
WarganegaraPerancis

Roland Garros (6 Oktober, 1888 – 5 Oktober, 1918) adalah seorang juruterbang terawal Perancis dan juruterbang pesawat pejuang semasa Perang Dunia I.

Biografi

Garros dilahirkan di Saint-Denis, Réunion dan belajar di HEC Paris. Beliau memulakan karier penerbangan beliau pada tahun 1909 dengan menerbangkan pesawat sayap satah tunggal Santos-Dumont, sebuah pesawat yang hanya terbang dengan baik sekiranya diterbangkan oleh seorang juruterbang berbadan ringan. Pada 1911, Garros tamat belajar dan menerbangkan pesawat satah tunggal Bleriot dan menyertai beberapa perlumbaan di Eropah. Beliau merupakan seorang juruterbang yang terbilang sebelum Perang Dunia I meletus.; pada 1913 beliau bertukar pesawat dengan menerbangkan Morane-Saulnier, satu peningkatan ketara berbanding Blériot, dan menjadi terkenal apabila membuat penerbangan tanpa henti merentasi Laut Mediterranean daripada Fréjus di selatan Perancis ke Bizerte di Tunisia. Pada tahun berikutnya, Garros menyertai Tentera Darat Perancis apabila Perang Dunia I meletus.

Rujukan

Lihat juga

  • Armée de l'Air (Part I: From birth to "Torch", 1909-1942)

Pautan luar

  • http://www.peugeotrolandgarros.co.uk
Penerbangan semasa Perang Dunia I
Manusia dan pesawat
Komander · Handalan · Pesawat Kuasa Pakatan · Pesawat Kuasa Paksi · Zeppelin · Pesawat Perang Dunia I
Perkhidmatan Udara Kuasa Pakatan
Perkhidmatan Udara Britain (Kor Penerbangan Diraja, Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja, Tentera Udara Diraja) · Perkhidmatan Udara Perancis · Tentera Udara Imperial Rusia · Kor Udara Tentera Itali · Perkhidmatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Perkhidmatan Udara Kuasa Paksi