Poliester

Kain poliester.

Poliester ialah kategori polimer yang mengandungi kumpulan berfungsi ester pada rantai utamanya . Istilah "poliester" sebagai suatu bahan tertentu biasanya merujuk kepada salah satu jenisnya iaitu polietilena tereftalat atau singkatannya PET. Kategori ini termasuk bahan kimia semulajadi seperti kutin daripada kulit ari tumbuhan serta bahan sintetik melalui pempolimeran pertumbuhan berlangkah (step-growth polymerization) seperti polibutirat. Poliester semula jadi serta beberapa jenis poliester sintetik boleh terurai secara semulajadi, namun tidak pada kebanyakan poliester sintetik yang lain. Bahan ini digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian.

Gentian poliester kadangkalanya ditenun bersama gentian semula jadi untuk menghasilkan kain dengan pelbagai sifat yang diingini. Kain campuran kapas dan poliester (sebagai polycotton) bersifat kuat, tahan koyak dan remukan serta kurang mengecut. Gentian sintetik menggunakan poliester yang lebih kalis air, angin dan persekitaran jika dibandingkan dengan gentian terbitan tumbuhan. Gentian-gentian campuran ini juga kurang kekalisan apinya dan boleh cair saat ia dibakar.[1]

Poliester juga digunakan untuk membuat botol, filem, terpal, kanu, paparan hablur cecair, hologram, penapis, filem dielektrik untuk kapasitor, penebat filem untuk wayar dan pita. Poliester digunakan  secara meluas sebagai bahan kemasan pada produk kayu bermutu seperti gitar, piano dan dalaman kenderaan/kapal layar. Sifat tiksotropik (thixotropic) poliester semburan menjadikannya ideal untuk kayu berira terbuka kerana ia boleh cepat mengisi ira kayu dengan suatu lapisan tebal setiap semburan. Poliester yang dirawat boleh dikertaspasirkan dan digilap untuk menghasilkan kemasan yang bergilapan tinggi dan tahan lama.

Sintesis

Sintesis poliester biasanya dicapai oleh tindak balas polipenyejatan. Persamaan umum untuk tindak balas diol dengan diasid ialah :

(n+1) R(OH)2 + n R´(COOH)2 → HO[ROOCR´COO]nROH + 2n H2O

Rujukan

  1. ^ Mendelson, Cheryl (17 Mei 2005). Home Comforts: The Art and Science of Keeping House. Simon and Schuster. ISBN 9780743272865.
  • l
  • b
  • s
Pakaian
Bahan
Bulu · Bulu biri · Kapas · Kulit · Linen · Nilon · Poliester · Rayon · Spandeks · Sutera
Baju
Baju panas  · Baju tiub  · Blaus · Crop top · Guernsey (pakaian) · Halterneck · Hoodie · Jersi · Kemeja · Kemeja formal · Kemeja Henley · Kemeja polo · Kemeja-T · Kemeja tanpa lengan · Leher polo
Seluar
Bell-bottoms · Jean · Jodhpur · kulot (seluar ala skirt)  · Seluar angin · Seluar Bermuda · Seluar Capri · Seluar gaun · Seluar kargo · Seluar payung terjun · Seluar peluh · Seluar pelumba basikal · Seluar pendek · Seluar pendek petinju · Seluar perhambaan
Skirt
Skirt garis-A · Skirt balerina · Skirt Hobble · Skirt jean · Job skirt · Skirt kulit · Kilt · Skirt pensel · Skirt poodle · Skirt Prairie · Miniskirt · Mikroskirt · Gaun dalam · Skort · Tren
Rok
Gaun · Gaun majlis dansa · Gaun teh · Gaun malam · Pakaian hitam kecil · Pakaian jumper · Pakaian koktel · Pakaian pengantin · Sari · Skirt dalam · Sundres
Sut dan pakaian seragam
Gimslip · Jubah rahib Buddha · Jumpsut · Kot makmal · Pakaian akademik · Pakaian mahkamah · Pakaian paderi · Pakaian pagi · Rig Laut Merah · Sut Afrosentrik · Skrub · Stroler · Sut Mao · Sut seluar · Tali leher hitam · Tali leher putih · Tangzhuang · Tuksedo
Pakaian luar
Abaya · Anak baju · Anorak · Apron · Baju hujan  · Baju luar (overal atau dungaree) · Blazer · Baju serkup · Jaket · Jaket adang angin · Jaket ringkas · Jubah · Jubah akademik · Kot · Kot atas · Kot Duffle · Kot frok · Kot labuh · Kot luar · Kot opera · Kot pea · Kot trenc · Mantel · Pakaian dalam lelaki · Ponco · Redingote · Sebai · Selimut berlengan · Sut ski · Weskot
Pakaian dalam
Anak baju · Coli · Kniker · Korselet · Korset · Lingeri · Pakaian dalam panjang · Seluar dalam · Seluar dalam wanita · Seluar pendek mampatan · Seluar petinju · Seluar renang · Teddy ·
Hiasan tambahan
Beg tangan · Chap · Cermin mata hitam · Dompet · Kelasak · Pemanas kaki · Kalung · Rantai pinggang · Sarung betis · Sarung tangan · Seluar sama sendat · Skarf · Stoking · Subang · Tali bawat · Tali leher · Tali leher kupu-kupu · Tali pinggang
Kasut
But · Flip-flop · Kasut · Kasut olahraga · Kasut pakaian rasmi · Pam · Sandal · Sarung kaki · Selipar · Stoking
Pakaian kepala
Balaklava · Cekak rambut · Fasinator · Hijab · Serkup · Kain tudung · Kep · Mantila · Niqāb · Serban · Sombrero · Topi · Topi keledar · Ushanka · Vel
Pakaian malam
Babydoll · Gaun tidur · Kep tidur · Negligi · Pakaian tidur selimut · Peignoir · Baju tidur
Bahagian pakaian
Alat pengancing  · Belah sembunyi · Butang · Elastik · Gancu · Garis kelepet · Garis leher · Garis pinggang · Kancing cangkuk dan mata · Kancing kilat · Kolar · Lapel · Lengan baju · Lubang butang · Manset · Ped bahu · Pita · Pita bahu · Saku · Tutupan belakang · Velkro
Pakaian kebangsaan
Abaya · Áo bà ba · Áo dài · Áo tứ thân · Barong Tagalog · Baro't saya · Bunad · Buningurinn · Cheongsam · Dashiki · Deel · Dhoti · Dirndl · Djellaba · Gákti · Gho & Kira · Hanbok · Jellabiya · Jilbab · Kebaya · Kente cloth · Kilt · Kimono · Lederhosen · Pakaian Aboyne · Hanfu · Pakaian Scotland · Sampot · Sarafan · Sari · Sarung
Pakaian sejarah
Badan paras pinggang · Baju lindung · Banyan · Brakae · Brunswick · Cemis · Citon · Dublet · Eksomis · Farthingale · Frok · Gaun tidur · Himasi · Hos · Houppelande · Jerkin · Justakorp · Klamis · Pakaian tunik · Palla · Pemakaian sulung seluar menunggang kuda · Peplos · Polonaise · Seluar menunggang kuda · Stola · Toga
Sejarah dan tinjauan
Afrika · Anglo-Saxon · Byzantine · Dunia purba · Eropah Zaman Pertengahan Awal · Garis masa pakaian dan teknologi tekstil · Hanfu · Istilah pakaian · Pakaian dalam · Pakaian rasmi · Rom kuno · Sejarah siri fesyen Barat (1100-an - 2000-an) · Sejarah pakaian dan tekstil · Tatapakaian · Undang-undang sumptuari · Vietnam · Wanita memakai seluar · Yunani
Lihat juga
Bikini · Dobi-mendobi · Fesyen · Jubah mandi · Kostum · Lampin dewasa · Pakaian luar dalam (Berbalik) · Pakaian kunci · Pakaian penyesuaian · Baju mandi · Penyeterikaan