Phasianinae

Phasianinae
بوروڠ کواڠ
Burung Kuang Biasa jantan, jenis Leher Gelang Mongolia
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Chordata
Kelas:
Burung
Order:
Galliformes
Keluarga:
Phasianidae

Horsfield, 1821
Subkeluarga:
Phasianinae

Horsfield, 1821
Genus

Afropavo
Argusianus
Catreus
Chrysolophus
Crossoptilon
Gallus
Ithaginis
Lophophorus
Lophura
Pavo
Phasianus
Polyplectron
Pucrasia
Rheinardia
Syrmaticus
Tragopan

Phasianinae merupakan istilah yang memaksudkan ahli-ahli subfamili Phasianidae dalam order Galliformes. Kebanyakan ahli subfamili ini digelar burung kuang dalam bahasa Melayu.

Spesies-spesies Phasianinae bercirikan dimorfisme seks yang ketara, yang mana burung jantan memperlihatkan bulu berwarna-warni dengan dihiasi pial dan ekor panjang. Burung kuang jantan lebih besar tubuhnya dan lebih panjang ekornya daripada yang betina, tetapi burung jantan ini tidak aktif menjaga anaknya. Burung kuang biasanya memakan biji-bijian dan serangga.

Terdapat 35 spesies Phasianinae dalam 11 genus, yang paling terkenal ialah Burung Kuang Biasa yang dijumpai di merata dunia kesan penternakan dan pemasukan ke alam liar melalui perdagangan antarabangsa. Pelbagai spesies burung kuang yang lain juga terdapat dalam lau burung, seperti Kuang-Keledar Emas (Chrysolophus pictus).

Burung kuang menjadi haiwan buruan rekreasi dan sumber makanan, tetapi juga bernilai kerana paras rupanya yang menarik.

Senarai spesies

Senarai berikut disusun secara taksonomi untuk menunjukkan unjuran hubungan antara spesies.

  • Kuang Darah (genus Ithaginis)
    • Kuang Darah, (I. cruentus)
  • Kuang Jambul Panjang (genus Pucrasia)
    • Kuang Jambul Panjang, (P. macrolopha)
  • Pegar (genus Lophura)
    • Pegar Barat, (L. leucomelanos)
      • Kuang Kalij Berjambul Putih, (L. l. hamiltoni)
      • Kuang Kalij Nepal, (L. l. leucomelanos)
      • Kuang Kalij Berbelakang Hitam, (L. l. melanota)
      • Kuang Kalij Hitam, (L. l. moffitti)
      • Kuang Kalij Berdada Hitam, (L. l. lathami)
      • Kuang Kalij William, (L. l. williamsi)
      • Kuang Kalij Oates, (L. l. oatesi)
      • Kuang Kalij Crawfurd, (L. l. crawfurdi)
      • Kuang Kalij Lineated, (L. l. lineata)
    • Pegar Perak, (L. nycthemera)
    • Pegar Vietnam, (L. edwardsi)
    • Pegar Taiwan, (L. swinhoii)
    • Pegar Sumatera, (L. inornata)
    • Pegar Bertam, (L. erythrophthalma)
      • Pegar Bertam, (L. e. erythrophthalma)
      • Pegar Dada Lekir, (L. e. pyronota)
    • Pegar Tatera, (L. ignita)
      • Pegar Perut Coklat Selatan, (L. i. ignita)
      • Pegar Perut Coklat Utara, (L. i. nobilis)
      • Pegar Tatera, (L. i. rufa)
    • Pegar Kelabu, (L. diardi)
    • Pegar Pial Panjang, (L. bulweri)
  • Ayam-Telinga (genus Crossoptilon)
    • Ayam-Telinga Barat, (C. harmani)
    • Ayam-Telinga Putih, (C. crossoptilon)
    • Ayam-Telinga Coklat, (C. mantchuricum)
    • Ayam-Telinga Biru, (C. auritum)
  • Kuang Cerun (genus Catreus)
    • Kuang Cerun, (C. wallichi)
  • Kuang-Gading (genus Syrmaticus)
    • Kuang-Gading Emas, (S. reevesi)
    • Kuang-Gading Leher Putih, (S. ellioti)
    • Kuang-Gading Leher Biru, (S. humiae)
    • Kuang-Gading Taiwan, (S. mikado)
    • Kuang-Gading Gangsa, (S. soemmerringi)
  • Kuang-Belukar (genus Phasianus)
    • Kuang-Belukar Jepun (P. versicolor)
    • Kuang-Belukar Biasa, (P. colchicus)
      • Kuang-Belukar Barat, kelompok Phasianus colchicus colchicus
      • Kuang-Belukar Asia Tengah, kelompok Phasianus colchicus chrysomelas/principalis
        • Kuang-Belukar Turkestan Selatan, Phasianus colchicus principalis
      • Kuang-Belukar Turkestan Biasa, kelompok Phasianus colchicus mongolicus
      • Kuang-Belukar Tarim, kelompok Phasianus colchicus tarimensis
      • Kuang-Belukar Biasa, kelompok Phasianus colchicus torquatus
        • Kuang-Belukar Taiwan, Phasianus colchicus formosanus
  • Kuang-Keledar (genus Chrysolophus)
    • Kuang-Keledar Emas (Kuang Mas), (C. pictus)
    • Kuang-Keledar Perak, (C. amherstiae)
  • Kuang-Cermin (genus Polyplectron)
    • Kuang-Cermin Sumatera, (P. chalcurum)
    • Kuang-Cermin Gunung, (P. inopinatum)
    • Kuang-Cermin Vietnam, (P. germaini)
    • Kuang-Cermin Utara (P. bicalcaratum)
    • Kuang-Cermin Melayu (Merak Pongsu), (P. malacense)
    • Kuang-Cermin Borneo, (P. schleiermacheri)
    • Kuang-Cermin Palawan, (P. emphanum)
  • Kuang-Raya Gunung (genus Rheinartia)
  • Kuang-Raya (genus Argusianus)
    • Kuang-Raya Biasa , (A. argus)
Lakaran kaedah memburu burung kuang dari abad ke-14.

Rujukan

  • Beebe, William. 1918-22. A Monograph of the Pheasants. 1st edition in 4 volumes: H. F. Witherby, London. Reprint: 1990, Dover Publications.(4 volumes bound as 2). ISBN 0-486-26579-X and ISBN 0-486-26580-3. Republished as: Pheasants: Their Lives and Homes. 2 vols. 1926. Single volume edition: New York Zoological Society, 1936.)
  • Green-Armytage, Stephen. 2002. Extraordinary Pheasants.Harry N. Abrams, Inc., New York. Book ISBN 0-8109-1007-1.
  • Madge and McGowan, Pheasants, Partridges and Grouse ISBN 0-7136-3966-0

Pautan luar

  • Videos of pheasants dalam Internet Bird Collection