Panglima Medan Tentera Darat

United Kingdom
Tentera Darat British
Angkatan Tentera British
Komponen
Tentera Darat
  • (struktur - rejimen semasa)
Simpanan Tentera Darat
Pentadbiran
  • Markas Tentera Darat
Luar Negeri
  • Tentera British Jerman
  • Tentera British Cyprus
  • Tentera British Kepulauan Falkland
  • Tentera British Gibraltar
  • Garison British Brunei
Keanggotaan
Kelengkapan
  • Kelengkapan semasa
  • Raifal tentera British
Sejarah
  • Sejarah - Garis Masa - Pengambilan Rekrut
  • l
  • b
  • s

Panglima Medan Tentera Darat (Army Field Commander) atau Commander Land Forces (Panglima Angkatan Darat) ialah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang mempunyai tanggungjawab mewujudkan dan mempersiapkan angkatan darat bagi operasi semasa dan luar jangkaan. Beliau melapor kepada Ketua Turus Am yang mempunyai tanggungjawab eksekutif tertinggi dalam Tentera Darat British. Tanggungjawab Commander Land Forces dilaksanakan menerusi Markas Pemerintahan Darat (HQ Land Command) dari 1 April 1995 hingga 1 April 2008. Dari 1 April 2008, MK Pemerintahan Darat, berserta elemen-elemen MK Adjutan-Jeneral (HQ Adjutant-General), menjadi Markas Angkatan Darat (HQ Land Forces). Dari 1 November 2011, MK Angkatan Darat telah digolongkan kedalam formasi baru dikenali sebagai Markas Tentera Darat (Army Headquarters). Dengan organisasi baru ini, pangkat Panglima Medan TD telah ditukar kepada pangkat tiga bintang menggantikan pangkat empat bintang sebelum ini.

Sejarah dan prospek

Markas (singkatan MK) ini telah dibentuk dari Markas Selatan di Berek Erskine berdekatan Fugglestone pada tahun 1968 dan pada awalnya dipanggil Markas Strategik Tentera Darat (Army Strategic Command). Pada tahun 1972 ia dinamakan Angkatan Darat UK (UK Land Forces) dan pada tahun 1995 ia telah dinamakan semula Markas Pemerintahan Darat.

Markas Pemerintahan Darat mengambil alih hampir kesemua pasukan tempur dan pasukan bantuan tempur Tentera Darat British pada 1 April 1995. Tiga pengecualian utama ialah formasi Tentera British Cyprus, Kepulauan Falkland, dan MK Ireland Utara. Untuk formasi yang akhir, Panglimanya melapor kepada Setiausaha Negara bagi Ireland Utara untuk operasi membantu kuasa sivil. Markas Ireland Utara telah dikecilkan kepada Briged Ke-38 (Ireland) pada 1 Januari 2009.

Pada 1 April 2008 Markas Pemerintahan Darat digabungkan dengan Markas Adjutan Jeneral dibawah 'Projek Hyperion' dan menjadi Markas Angkatan Darat. Ia berpindah dari Berek Erskine ke tapak RAF Andover yang kini dikenali sebagai Garis Marlborough pada 23 Jun 2010.

Panglima Tertinggi Markas Pemerintahan Medan (Commander-in-Chief Land Forces atau singkatan CINCLAND) juga menjadi Panglima Tetap Bersama UK (Standing Joint Commander atau SJC UK), bertanggungjawab penuh bagi aktiviti tindakan cepat nasional untuk Kementerian Pertahanan (MOD) didalam United Kingdom (kecuali Ireland Utara).

Dibawah satu penyusunan besar semula formasi tentera darat yang berkuatkuasa 1 November 2011, Ketua Turus Am mengambil alih terus Tentera Darat menerusi sebuah struktur baru, berpusat di Andover dan dikenali sebagai "Markas Tentera Darat". Jawatan Panglima Tertinggi dan Panglima Tentera Darat Medan tidak lagi wujud.

Selepas Kajian Pertahanan Strategik dan Keselamatan tahun 2010, pihak kerajaan mengumumkan perubahan penting bagi struktur formasi dibawah Markas Medan yang akan dilaksanakan dari sekarang sehingga tahun 2020:

  • Tentera Darat Medan: Menjelang tahun 2020, pengunduran menyeluruh tentera British yang ditempatkan di Jerman akan selesai, dan struktur operasi Tentera Darat akan ditubuhkan dengan lima briged pelbagai peranan (MRB); ia akan diambil dari dua briged yang kini ditempatkan di Jerman dibawah Divisyen 1 Armor, dan tiga daripada empat briged di UK dibawah Divisyen 3 Mekanis. Bagi memastikan kos dikekalkan, cadangan MOD adalah menempatkan unit-unit sehampir mungkin dengan kawasan latihan. Oleh itu, rancangan Briged 19 (Ringan), yang bertempat di Ireland Utara, akan dibubarkan.
  • Tentera Serantau: Ketika elemen-elemen tentera serantau dikekalkan pada peringkat briged, dengan sepuluh briged serantau masih kekal, MK divisyen serantau (2 Divisyen, 4 Divisyen dan 5 Divisyen) telah digantikan dengan sebuah markas serantau 2 bintang di Aldershot yang dikenali sebagai Markas Bantuan sejak dari musim bunga 2012.

Ia telah dikemaskini dalam rancangan masa depan yang dikenali sebagai Tentera Darat 2020.

Panglima sebelum ini

Sebelum November 2011

  • Lihat Artikel Panglima Tertinggi, Angkatan Darat

Panglima terkini

Sejak November 2011

  • November 2011 - Disember 2012 Jeneral Sir Nick Parker
  • Januari 2013 - November 2013 Leftenan Jeneral Sir Adrian Bradshaw
  • November 2013 - Leftenan Jeneral Sir Nick Carter

Lihat juga

Pautan luar

  • Army Command Structure
  • A Guide to Invitations and Appointments for High Commissions and Embassies in London, Ministry of Defence, June 2006 edition