Operasi Crossroads

Operasi Crossroads merupakan suatu penjalanan ujian senjata nuklear dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat di Atol Bikini, Kepulauan Marshall pada pertengahan tahun 1946. Pengujian ini pertama kali dilakukan sejak pelaksanaan Ujian Trinity dalam Projek Manhattan pada bulan Julai 1945 serta peletupan alat nuklear sejak pengeboman atom Nagasaki pada 9 Ogos tahun sama.

Pengujian ini diketuai Naib Laksamana William H. P. Blandy dilakukan bertujuan menyiasat kesan senjata nuklear pada kapal perang. Satu armada didirikan daripada sebanyak 95 buah kapal sasaran telah dilabuhkan di Lagun Bikini sebelum kemudiannya ditimpa dua letupan senjata nuklear jenis ledakan plutonium Fat Man sepertimana yang dijatuhkan di Nagasaki, masing-masing dengan muatan sebanyak 23 kilotons of TNT (96 TJ) .

Persediaan

Kelengkapan pengujian

Satu siri tiga ujian disyorkan untuk mengkaji kesan senjata nuklear ke atas kapal, peralatan dan bahan lain. Kawasan sekitar diselidiki agar memenuhi kriteria tertentu untuk tapak pengujian yang sesuai:

  • Tapak ujian ditetapkan serta dipastikan agar harus berada di wilayah yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.
  • Kawasan yang dipilih mesti tidak berpenghuni dalam jarak sekurang-kurangnya 300 batu (500 km) jauh dari bandar terdekat, maka seberapa penduduk yang ada juga perlu dipindahkan jauh dari bandar terdekat.
  • Ada pangkalan udara dalam jarak 1,000 batu (1,600 km) memudahkan pesawat B-29 dapat menjatuhkan bom. Untuk memasukkan kapal sasaran, ia perlu mempunyai pelabuhan yang dilindungi sekurang-kurangnya 6 batu (10 km) lebar.

Corak cuaca persekitaran juga diamati sama ada ia boleh diramalkan serta bebas dari ribut yang hebat dan ganas. Angin yang dapat diramalkan akan mengelakkan bahan radioaktif ditiup balik kepada kakitangan pasukan petugas, dan arus samudera yang dapat diramalkan akan membolehkan bahan-bahan yang dapat dijauhkan dari lorong perkapalan, kawasan penangkapan ikan, dan pantai yang didiami. [1] Pemasaan sangat penting memandangkan tenaga kerja Tentera Laut diperlukan untuk menggerakkan kapal-kapal itu sedang ditamatkan tugas aktif berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua serta para saintis awam yang berpengetahuan tentang senjata atom telah meletakkan jawatan mereka dalam pekerjaan persekutuan untuk mengajar perguruan tinggi.[2]

Akhirnya pada 24 Januari, Lagun Bikini dipilih untuk dua pusingan pertama pengujian ini yang dirancang pada awal tahun 1946[3] Dari semua lokasi yang dipertimbangkan termasuk Kepulauan Galápagos milik Ecuador,[4] Bikinilah yang menawarkan kedudukan paling terpencil dengan pelabuhan semulajadi besar dan cuaca yang sesuai tetapi tidak ideal,[5] dan kependudukan yang kecil dan mudah dipindahkan. Bikini baru sahaja jatuh dalam kawalan eksklusif Amerika Syarikat pada 15 Januari, apabila Presiden Truman mengisytiharkan A.S sebagai pemegang hak milik tunggal semua pulau yang ditawan dari kuasa Jepun semasa Perang Dunia lepas.

Pemindahan warga Bikini

167 orang penduduk Pulau Bikini mula mengetahui nasib mereka empat hari kemudian pada hari Ahad 10 Februari, ketika Komodor Ben H. Wyatt selaku gabenor tentera yang memerintah Kepulauan Marshall, tiba ke atol ini dari kapal air di Kwajalein. Wyatt cuba meyakinkan mereka dengan menjelaskan situasi mereka yang dilihat seumpama "Bani Israel diselamatkan Tuhan yang membawa mereka ke Tanah Dijanjikan" sepertimana yang diceritakan dalam kisah-kisah Bible didakwah para mubaligh Protestan kepada penduduk atol; Wyatt turut menyatakan ia adalah "untuk kebaikan manusia dan untuk mengakhiri semua peperangan dunia." Maskipun tiada perjanjian bertulis diberikan, namun Wyatt sendiri menyaksikan persetujuan daripada orang ramai dan penghulu mereka bernama Juda yang merasa berbangga menjadi sebahagian daripada usaha yang luar biasa ini." [6] Pada 6 Mac, Wyatt cuba merakam semula insiden ini sebagai bahan bukti persetujuan tersebut, namun Juda si penghulu berseloroh "Kami bersedia untuk pergi. Segala-galanya berada di tangan Tuhan. " Keesokan harinya, LST-861 memindahkan kesemua mereka dan barang-barang mereka secara kekalnya 128 batu (206 km) jauh arah timur ke Atol Rongerik yang tidak berpenghuni.[7]

Map of Bikini Atoll, with target area highlighted.
Semua 167 penduduk asli dipindahkan 128 batu (206 km) timur ke Atol Rongerik tidak berpenghuni.
Ujian-ujian dijalankan dalam Operasi Crossroads
Nama Tarikh, masa (UTC) Lokasi Ketinggian + ketinggian Penghantaran Tujuan Peranti Hasil Rujukan
Able Jun 30, 1946 21: 00: 01.0 NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.50 0 + 158 m (518 ka) Diterjunkan bebas Menguji kesan senjata Mk III "Gilda" 23  kt [8] [9] [10] [11]
Baker 24 Julai 24, 1946 21: 34: 59.8 NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.50 0 - 27.5 m (90 ka) Dasar laut Menguji kesan senjata Mk III "Helen of Bikini" 23  kt
Charlie
(dibatalkan)
Mac 1, 1947 NE Lagoon, Atol Bikini

11°34′N 165°31′E / 11.57°N 165.51°E / 11.57; 165.51

0 - 50 m (160 ka) Dasar laut Menguji kesan senjata Mk III 23  kt

Kejadian susulan

Keadaan warga Bikini

167 orang penduduk Bikini yang dipindahkan ke Atol Rongerik sebelum berlangsungnya ujian ini tidak dapat menangkap dan mengumpul makanan laut yang mencukupi untuk menampung diri dalam persekitaran baru mereka. Angkatan Laut meninggalkan makanan dan air selama beberapa minggu dan kemudian gagal kembali tepat pada masanya. Menjelang bulan Januari 1947, pelawat ke Rongerik melaporkan penduduk pulau itu menderita kekurangan zat makanan, menghadapi kebuluran berpotensi menjelang bulan Julai, dan mengalami kurus pada Januari 1948.

Mereka dipindahkan ke Kwajalein pada bulan Mac tahun sama sebelum kemudiannya menetap di pulau Kili yang tidak didiami pada bulan November; pulau tersebut yang berkeluasan hanya satu pertiga batu persegi serta tiada laguna dan pelabuhan terlindung menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kegiatan tradisi memancing lagun lagun untuk mendapatkan makanana sehingga terpaksa bergantung kepada bekalan dan catuan dibawa kepada mereka. memancing, mereka menjadi bergantung kepada penghantaran makanan.[12] Sebilangan tiga buah keluarga kembali ke atol tersebut pada tahun 1974 namun mereka sekali lagi telah dipindahkan empat tahun kemudian apabila tahap mereka didapati kerana radioaktiviti dalam badan mereka dari empat tahun makan makanan tercemar. [12] Sehingga 2015, atol Bikini masih didapati tidak selamat untuk dihuni semula.

Berikutan masalah masalah pencemaran Baker, Tentera Laut Amerika Syarikat mengarahkan kapal-kapal yang baru dilengkapi sistem pemadaman Countermeasure Wash Down System (CMWDS) yang mengalirkan air garam dari sistem pemadam kebakaran sekiranya serangan nuklear melanda lalu menghadang luruhan dan sisa letupan radioaktif daripada mencemarkan kapal melalui retak dan celah kapal.

Nota

  1. ^ Shurcliff 1946.
  2. ^ Daly 1986. The bomb yields are often reported as 21 kilotons, but the figure of 23 kilotons is used consistently throughout this article per Weisgall 1994.
  3. ^ Weisgall 1994, halaman 117.
  4. ^ Parsons, Rear Admiral. "Subject: site for atomic bomb experiments, May 12, 1948." Appendix to U.S. Commanding Lieutenant General J. E. Hull's memorandum to the U.S. Army Chief of Staff, "Subject: location of proving ground for atomic weapons." Quoted in: Radioactive Heaven and Earth: The health and environmental effects of nuclear weapons testing in, on, and above the earth: A report of the IPPNW International Commission to Investigate the Health and Environmental Effects of Nuclear Weapons Production and the Institute for Energy and Environmental Research (1991) p. 70
  5. ^ Bikini failed to meet one of the stipulated weather criteria: "predictable winds directionally uniform from sea level to 60,000 feet." Daly 1986, halaman 68.
  6. ^ Weisgall 1994.
  7. ^ Weisgall 1994.
  8. ^ "United States Nuclear Tests: July 1945 through September 1992 (DOENV-209 REV15)" (PDF). Las Vegas, NV: Department of Energy, Nevada Operations Office. December 1, 2000. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 12, 2006. Dicapai pada December 18, 2013. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ Yang, Xiaoping; North, Robert; Romney, Carl (August 2000). "CMR Nuclear Explosion Database (Revision 3)". SMDC Monitoring Research. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ Norris, Robert Standish; Cochran, Thomas B. (February 1, 1994). "United States nuclear tests, July 1945 to 31 December 1992 (NWD 94-1)" (PDF). Nuclear Weapons Databook Working Paper. Washington, DC: Natural Resources Defense Council. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 29, 2013. Dicapai pada October 26, 2013.
  11. ^ "Operation Crossroads, 1946 (DNA-6032F)" (PDF). Defense Nuclear Agency. May 1, 1984. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 1, 2014. Dicapai pada January 6, 2014. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  12. ^ a b Niedenthal, Jack (2013), A Short History of the People of Bikini Atoll, dicapai pada May 4, 2013.

Rujukan

  • Bradley, David (1948), No Place to Hide, Boston: Little, Brown, OCLC 622505066
  • Bulletin Editors (1946), "Operation Crossroads: The Effect of the Atomic Bomb on Naval Power", Bulletin of the Atomic Scientists, Chicago (Vol. 1, No. 5, February 15. 1946), m/s. 1
  • Campbell, Richard H. (2005), The Silverplate Bombers: A History and Registry of the Enola Gay and Other B-29s Configured to Carry Atomic Bombs, Jefferson, North Carolina: McFarland & Company, ISBN 0-7864-2139-8, OCLC 58554961
  • Christman, Albert B. (1998), Target Hiroshima: Deak Parsons and the Creation of the Atomic Bomb, Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, ISBN 1-55750-120-3, OCLC 38257982
  • Compton, Arthur H. (1956), Atomic Quest, New York: Oxford University Press, OCLC 173307
  • Coster-Mullen, John (2003), Atom Bombs: The Top Secret Inside Story of Little Boy and Fat Man, Milwaukee: Self published
  • Daly, Thomas N. (1986), "Crossroads at Bikini", Proceedings of the U.S. Naval Institute, Annapolis, Maryland (Vol. 112, No. 7, July 1986), m/s. 65–74, ISSN 0041-798X
  • Davis, Jeffrey (1994), "Bombing Bikini Again (This Time With Money): Decades after their Atoll was Nearly Vaporized by Nuclear Tests, Bikinians Consider Selling their Home to Americans – as an Atomic Theme Park", New York Times Magazine, New York (May 1, 1994), ISSN 0028-7822, dicapai pada November 8, 2009
  • Delgado, James P. (1991), The Archeology of the Atomic Bomb: A Submerged Cultural Resources Assessment of the Sunken Fleet of Operation Crossroads at Bikini and Kwajalein Atoll Lagoons, Santa Fe, New Mexico: National Park Service, ASIN B0014H9NEW, dicapai pada November 8, 2009
  • Delgado, James P. (1996), Ghost Fleet: The Sunken Ships of Bikini Atoll, Honolulu: University of Hawaii Press, ISBN 978-0-8248-1864-7
  • Fletcher, E. Royce (1977), "Nuclear Bomb Effects Computer", dalam Glasstone, Samuel; Dolan, Philip (penyunting), The Effects of Nuclear Weapons (ed. 3rd), Washington, DC: U.S. Government Printing Office: 1977 O-213-794, dicapai pada December 16, 2009
  • Glasstone, Samuel (1967), Sourcebook on Atomic Energy (ed. 3rd), Huntington, New York: Robert E. Krieger Publishing Company, Inc. (1979 reprint edition), ISBN 978-0-88275-898-5
  • Glasstone, Samuel; Dolan, Philip (1977), The Effects of Nuclear Weapons (ed. 3rd), Washington, DC: U.S. Government Printing Office: 1977 O-213-794, ISBN 0-16-002036-0
  • Groves, Leslie (1962), Now It Can Be Told: The Story of the Manhattan Project, New York: Harper, ISBN 0-306-70738-1, OCLC 537684
  • Hansen, Chuck (1995), Volume VII: The Development of US Nuclear Weapons, Swords of Armageddon: US Nuclear Weapons Development since 1945, Sunnyvale, California: Chukelea Publications, ISBN 978-0-9791915-1-0, OCLC 231585284
  • Institute of Medicine, National Academy of Sciences (1996), Thaul (penyunting), The Five Series Study: Mortality of Veteran Participants in the CROSSROADS Nuclear Test: Study pursuant to 1983 Public Law 98–160, Washington, DC: National Academy Press, ISBN 978-0-585-14895-3, OCLC 43477109, dicapai pada May 16, 2009
  • Life Editors (1947), "What Science Learned at Bikini", Life, New York (Vol. 23, No. 16, August 11, 1947), m/s. 74–85, ISSN 0024-3019
  • Navy History and Heritage Command (2002), Operation Crossroads: Fact Sheet, Washington, DC, diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2012, dicapai pada January 1, 2008
  • Newson, Henry W. (1945), Memorandum to Norris Bradbury, December 17, 1945, Possible Difficulties in Naval Tests, Los Alamos, New Mexico: Los Alamos National Laboratory, DOE/CIC 120851
  • Oertling, Thomas James (1996), Ships' Bilge Pumps: a History of their Development, 1500–1900, Vancouver, BC: Texas A&M University Press, ISBN 978-0-89096-722-5
  • Peterson, Howard C. (1946), Memorandum to General J. Lawton Collins, February 12, 1946, Washington, DC: Records of the Office of the Secretary of War, RG 107 (Atomic Energy Folder), National Archives
  • Shurcliff, William A. (1946), Operation Crossroads: The Official Pictorial Record, New York: William H. Wise and Co., OCLC 1223420, dicapai pada December 14, 2009
  • Shurcliff, William A. (1947), Bombs at Bikini: The Official Report of Operation Crossroads, New York: William H. Wise and Co., OCLC 1492066, dicapai pada December 14, 2009
  • Strauss, Lewis (1962), Men and Decisions, Garden City, New York: Doubleday, OCLC 456825
  • Szilard, Leo (1978), Weart, Spencer R.; Szilard, Gertrude Weiss (penyunting), Leo Szilard: his Version of the Facts: Selected Recollections and Correspondence, Cambridge, Massachusetts: MIT Press, Bibcode:1979lshv.book.....W, ISBN 978-0-262-69070-6
  • Warren, Stafford L. (1947), "Conclusions: Tests Proved Irresistible Spread of Radioactivity", Life, New York (Vol. 23, No. 16, August 11, 1947), m/s. 86, 88
  • Waters, Odale D., Jr. (1986), "Crossroads: A Tin Can Perspective", Proceedings of the U.S. Naval Institute, Annapolis, Maryland (Vol. 112, No. 7, July 1986), m/s. 72–74, ISSN 0041-798X
  • Weisgall, Jonathan (1994), Operation Crossroads: The Atomic Tests at Bikini Atoll, Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, ISBN 978-1-55750-919-2

Pautan luar

  • Lakaran cat air dilakukan sebagai lampiran sebahagian laporan dikumpulkan pihak Tentera Amerika Syarikat.
  • US Navy and Nuclear Weapons Testing
  • Operations Crossroads (1949) boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive
  • Atom Test Nears, 1946/06/13 (1946) boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive
  • Operations Crossroads Underway, 1946/07/01 (1946) boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive
  • First Pictures Atomic Blast!, 1946/07/08 (1946) boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive
  • Nuclear Test Film – Project Crossroads boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive (42m32s)
  • Atom Bomb (Joe Bonica's Movie of the Month) (ca. 1955) boleh didapati untuk muat turun di Internet Archive