Nombor E

Larutan E101 riboflavin (juga dikenali sebagai vitamin B2)
Hablur E621 Mononatrium glutamat, sejenis penambah perisa

Nombor E merupakan kod-kod untuk bahan yang boleh digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk kegunaan dalam Kesatuan Eropah[1] dan Switzerland. Huruf "E" mewakili perkataan "Europe", yakni bermaksud Eropah.[2] Nombor-nombor ini selalu dijumpai pada label makanan yang dihasilkan di bawah Kesatuan Eropah.[3] Penilaian keselamatan dan kelulusan adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Keselamatan Makanan Eropah.[4]

Kewujudan satu senarai tunggal yang disatukan bagi bahan tambahan makanan mula dipersetujui pada tahun 1962 dengan cetakan berwarna. Pada tahun 1964, panduan untuk bahan pengawet ditambahkan, diikuti tahun 1970 untuk pengantioksida dan tahun 1974 untuk pengemulsi, penstabil, bahan pemekat dan agen pengegelan.[5]

Skema penomboran

Skema penomboran ditentu berdasarkan Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) dan dimuktamadkan oleh jawatankuasa Codex Alimentarius,[6] walaupun hanya satu subset daripada bahan tambahan INS diluluskan untuk kegunaan di Kesatuan Eropah sebagai bahan tambahan makanan. Nombor E juga digunakan pada pelabelan makanan dalam bidang kuasa yang lain, termasuk Cooperation Council for the Arab States of the Gulf, Australia, sebahagian dari Canada (seperti Quebec), Africa Selatan, bandar New York, New Zealand[7] dan Israel. Penggunaan nombor ini semakin meningkat, walaupun masih jarang, pada pembungkusan makanan di Amerika Utara,[8] terutama di Kanada (di bahagian luar yang luas Quebec dan Maritimes) pada pembungkusan produk yang diimport dari Eropah.

Penyalahtafsiran

Di sebahagian negara Eropah, "nombor E" kekadang digunakan secara tidak rasmi sebagai istilah pejoratif untuk bahan tambahan makanan, dan produk-produk mungkin dipromosikan sebagai "bebas dari nombor E". Hal ini tidak benar, kerana banyak komponen makanan asli mengandungi nombor E (dan nombor semata-mata adalah sinonim bagi komponen kimia), seperti vitamin C (E300) dan likopena (E160d).

Klasifikasi mengikut julat nombor

Julat nombor E Subjulat Butiran
100–199 (senarai penuh)
Pewarna
100–109 kuning
110–119 jingga
120–129 merah
130–139 biru & ungu lembayung
140–149 hijau
150–159 perang & hitam
160–199 emas dan lain-lain
200–299 (senarai penuh)
Bahan pengawet
200–209 sorbat
210–219 benzoat
220–229 sulfit
230–239 fenol & format (metanoat)
240–259 nitrat
260–269 asetat (etanoat)
270–279 laktat
280–289 propionat (propanoat)
290–299 lain-lain
300–399 (full list)
Pengantioksida & Pengawal keasidan
300–305 askorbat (vitamin C)
306–309 tokoferol (vitamin E)
310–319 galat & eritorbat
320–329 laktat
330–339 sitrat & tartrat
340–349 fosfat
350–359 malat & adipat
360–369 suksinat & fumarat
370–399 lain-lain
400–499 (senarai penuh)
Bahan pemekat, penstabil & pengelmulsi
400–409 alginat
410–419 gam semulajadi
420–429 agen semula jadi yang lain
430–439 sebatian polioksietena
440–449 pengemulsi semulajadi
450–459 fosfat
460–469 sebatian selulosa
470–489 asid lemak & sebatiannya
490–499 lain-lain
500–599 (full list)
Pengawal keasidan pH & agen antikerakan
500–509 asid mineral & bes
510–519 klorida & sulfat
520–529 sulfat & hidroksida
530–549 sebatian logam alkali
550–559 silikat
570–579 stearat & glukonat
580–599 lain-lain
600–699 (senarai penuh)
Penambah perisa
620–629 glutamat & guanilat
630–639 inosinat
640–649 lain-lain
700–799 (senarai penuh)
Antibiotik
700–713
900–999 (senarai penuh)
Bahan beraneka
900–909 lilin
910–919 pengacaan sintetik
920–929 agen penambahbaikan
930–949 gas pembungkusan
950–969 pemanis
990–999 agen pembusa
1100–1599 (full list)
Bahan kimia tambahan
1100–1599 Bahan kimia baru yang tidak jatuh ke dalam skema klasifikasi piawai

Tambahan: Tidak semua contoh-contoh kelas jatuh ke dalam julat angka yang diberikan. Selain itu, banyak bahan kimia, terutamanya dalam julat E400-499, mempunyai pelbagai kegunaan.

Rujukan

  1. ^ "Food labels". Live Well. NHS Choices. Dicapai pada 26 Disember 2012.
  2. ^ "FAQ - What does the E stand for in the food additives known as E numbers". EUFIC. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  3. ^ European Directive 95/2/EC on food additives other than colours and sweeteners
  4. ^ Food Additives and Ingredients Association, no date, Frequently Asked Questions, accessed 6 March 2010
  5. ^ Food Additives in the European Union
  6. ^ Codex Alimentarius. "Class Names and the International Numbering System for Food Additives (Ref: CAC/GL #36 publ. 1989, revised 2009, amended 2011)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Februari 2007. Dicapai pada 15 Disember 2011.
  7. ^ Food Standards Australia New Zealand Diarkibkan 2011-04-06 di Wayback Machine, website
  8. ^ See also "Food Additives", Food and Drug Administration website

Pautan luar

  • Codex Alimentarius, the international foods standards, established by the Food and Agriculture Organization (FAO) and the World Health Organization (WHO) in 1963
    • See also their document "Class Names and the International Numbering System for Food Additives Diarkibkan 2007-02-06 di Wayback Machine" (Ref: CAC/GL #36 publ. 1989, revised 2009, amended 2011)
  • Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) publications at the World Health Organization (WHO)
  • Food Additive Index Diarkibkan 2013-10-21 di Wayback Machine, JECFA, Food and Agriculture Organization (FAO)
  • E-codes and ingredients search engine with details/suggestions for Muslims Diarkibkan 2013-07-10 di Wayback Machine
  • Current EU approved additives and their E Numbers
  • Food Additives in the European Union
  • Food Additives, Food Safety, website of the European Union. Includes (a) Lists of authorised food additives (b) Food additives database
  • l
  • b
  • s
Pengodi/
Keracunan makanan
Mikroorganisma
Jangkitan parasit
melalui makanan
  • Anisakiasis
  • Amebiasis/Disentri ameba
  • Kriptosporidiosis
  • Siklosporiasis
  • Difilobotriasis
  • Enterobiasis
  • Fasioliasis
  • Fasiolopsiasis
  • Giardiasis
  • Gnatostomiasis
  • Paragonimiasis
  • Trikinosis
  • Trikuriasis
Pestisid
  • Klorpirifos
  • DDT
  • Lindana
  • Malation
  • Metamidofos
Bahan
tambahan
makanan
Pengawet
  • Asesulfam kalium
  • Aspartam
  • Sirap jagung yang tinggi fruktosa
  • Natrium siklamat
  • Sorbitol
  • Sukralosa
Bahan toksin /
Racun
  • Aflatoksin
  • Pencemaran arsenik dalam air bawah tanah
  • Benzena dalam minuman ringan
  • Bisfenol A
  • Mikotoksin
  • Keracunan kerang-kerangan
Insiden
pencemaran
makanan
  • Keracunan gula-gula Bradford 1858
  • Kebimbangan anggur Chile 1989
  • Wabak E.coli di Jack in the Box 1993
  • Kebimbangan makanan di Indonesia 2005
  • Wabak E. coli 0157:H7 di Amerika Utara 2006
  • Kebimbangan makanan di Vietnam 2007
  • Wabak listeriosis di Kanada 2008
  • Skandal susu di China 2008
  • Krisis daging khinzir Irish 2008
  • Wabak salmonelosis di Amerika Syarikat 2008
  • Wabak E.coli O104:H4 2011
  • Skandal makanan Taiwan 2011
  • Wabak listeriosis di Amerika Syarikat 2011
  • Insiden keselamatan makanan di China
  • Penyakit bawaan makanan
  • Kontroversi pembungkusan semula daging ICA
  • Penyakit Minamata
  • Penarikan balik jagung Starlink
  • Sindrom toksik minyak
  • Skandal pemalsuan mutu daging 2013
  • Pencemaran aflatoksin 2013
  • Skandal makanan Taiwan 2013
  • Skandal makanan Taiwan 2014
Kawal selia /
Penjagaan kualiti
  • Pengambilan harian yang boleh diterima
  • Nombor E
  • Peraturan pelabelan makanan
  • Undang-undang libel makanan
  • International Food Safety Network
  • Quality Assurance International
Pemprosesan makanan
Topik berkaitan