Ngeh Koo Ham
Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham D.P.M.P. | |||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
倪可汉 | |||||||||||||||||||||||||||||
Anggota Parlimen Malaysia untuk Beruas | |||||||||||||||||||||||||||||
Penjawat kini | |||||||||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Lim Keng Yaik | ||||||||||||||||||||||||||||
Majoriti |
| ||||||||||||||||||||||||||||
Penasihat Parti Tindakan Demokratik Negeri Perak | |||||||||||||||||||||||||||||
Penjawat kini | |||||||||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 9 Disember 2013 | |||||||||||||||||||||||||||||
Pengerusi Negeri | Nga Kor Ming | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | (1961-09-29) 29 September 1961 (umur 62) Ayer Tawar, Perak | ||||||||||||||||||||||||||||
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) | ||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | Datin Cheok Foong Ling | ||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Ahli politik, peguam |
Dato' Ngeh Koo Ham ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi Parlimen Beruas sejak 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Perak bagi DUN Sitiawan. Dalam parti politik, beliau ialah penasihat bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Perak[1] sejak 2013[2], selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP yang dilantik secara jawatan ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP.[3]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N24 Pasir Pinji | Ngeh Koo Ham (DAP) | 7,849 | 46.11% | Chan Kam (MCA) | 8,868 | 52.10% | 17,022 | 1,019 | 65.95% | ||
2004 | N50 Sitiawan | Ngeh Koo Ham (DAP) | 9,874 | 54.92% | Ling Mee Lin (MCA) | 4,737 | 26.35% | 17,980 | 5,137 | 65.81% | ||
2008 | Ngeh Koo Ham (DAP) | 12,381 | 74.38% | Ding Siew Chee (MCA) | 3,852 | 23.12% | 16,645 | 8,529 | 70.43% | |||
2013 | Ngeh Koo Ham (DAP) | 17,292 | 74.75% | Ting Tai Fook (MCA) | 5,472 | 23.66% | 23,133 | 11,820 | 81.00% |
Tahun | Kawasan | Nama | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P062 Beruas | Ngeh Koo Ham (DAP) | 13,026 | 46.99% | Lim Keng Yaik (GERAKAN) | 13,889 | 50.11% | 27,718 | 863 | 71.38% | ||
1995 | P063 Batu Gajah | Ngeh Koo Ham (DAP) | 18,576 | 46.32% | Yeong Chee Wah (MCA) | 20,155 | 50.25% | 40,110 | 1,579 | 68.63% | ||
1999 | P061 Ipoh Timor | Ngeh Koo Ham (DAP) | 23,146 | 45.90% | Thong Fah Chong (MCA) | 25,273 | 50.12% | 50,422 | 2,127 | 64.73% | ||
Mohd Yusoff Omar (MDP) | 427 | 0.85% | ||||||||||
2008 | P068 Beruas | Ngeh Koo Ham (DAP) | 15,831 | 51.36% | Chang Ko Youn (GERAKAN) | 14,003 | 45.43% | 30,821 | 1,828 | 71.22% | ||
2013 | Ngeh Koo Ham (DAP) | 21,939 | 56.51% | Chang Ko Youn (GERAKAN) | 16,882 | 43.49% | 39,586 | 5,057 | 80.45% | |||
2018 | Ngeh Koo Ham (DAP) | 41,231 | 68.01% | Pang Chok King (GERAKAN) | 13,277 | 21.90% | 60,267 | 27,954 | 75.98% | |||
Md Nazeer KM Hamid (PAS) | 5,759 | 9.50% | ||||||||||
2022 | Ngeh Koo Ham (DAP) | 46,710 | 64.72% | Ding Siew Chee (MCA) | 12,724 | 17.63% | 72,173 | 33,971 | 66.17% | |||
Ong Kean Sing (GERAKAN) | 12,739 | 17.65% |
Isu dan tengkarah
Pelantikan Menteri Besar Perak
Pascapilihan raya negeri 2008, beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Perak.[7] Bagaimanapun Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berkenan melantik calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin ke jawatan tersebut.
Penerimaan gelaran Datuk
Ngeh dikurniakan darjah kebesaran Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80 pada 19 April 2008. Beliau dipercayai menjadi ahli DAP pertama yang menerima anugerah kebesaran daripada mana-mana sultan di Malaysia.[8]
Menyentuh isu sensitiviti agama
Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [9] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.
Anugerah dan pengiktirafan
- Perak
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2008)
Rujukan
- ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2021-03-15). "Nga-Ngeh kekal terajui DAP Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Nga Kor Ming Pengerusi DAP Perak - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-12-09. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ SYAZIE, KIM (2022-04-14). "DAP umum senarai jawatankuasa penuh bagi penggal 2022-2025". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.
- ^ "Kit Siang bantah Nizar MB Perak..." Malaysiakini. 2008-03-12. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "773 terima anugerah kebesaran Sultan Perak" (PDF).
- ^ "Ngeh Koo Ham keluarkan pandangan peribadi, kata Hatta Ramli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 2012-09-20.