Nama pengenalan NATO

Nama pengenalan NATO ialah nama kod tidak rahsia untuk peralatan ketenteraan daripada Blok Timur (Kesatuan Soviet dan negara-negara lain daripada Pakatan Warsaw dan China). Ia memberi perkataan dalam Bahasa Inggeris yang jelas, mudah difahami dan seragam di tempat gelaran asalnya — yang mana mungkin tidak diketahui pada masa itu atau kod yang mudah dikelirukan. Kebanyakan peralatan yang dinamakan ini masih digunakan sehingga kini, dan nama pengenalan NATO sering kali digunakan.

NATO mengekalkan senarai nama-nama ini. Tugas khas untuk menamakan pesawat-pesawat Rusia dan China diuruskan oleh 5 negara Air Standardization Coordinating Committee (ASCC) yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand, Britain dan Amerika Syarikat.

Kelainan Amerika Syarikat

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengembangkan nama pengenalan NATO dalam kes-kes tertentu. NATO merujuk sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara yang dipasang pada kapal atau kapal selam dengan nama yang sepadan dengan sistem di darat, tetapi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menetapkan nombor siri yang berbeza bersama akhiran berbeza (contohnya, SA-N- berbanding SA-) untuk sistem ini. Nama-nama ini diletakkan bersama untuk kemudahan. Apabila terdapat sistem yang tidak sepadan, satu nama baru akan direka. Beberapa tatanama dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat disertakan di muka surat berikutnya.

Nama ringkas Soviet

Soviet Union tidak selaunya memberi “nama popular” rasmi pada pesawatnya, walaupun nama ringkas tidak rasmi menjadi satu kebiasaan dalam mana-mana pasukan tentera udara. Secara umumnya, juruterbang Soviet tidak menggunakan nama pengenalan NATO, tetapi lebih suka menggunakan nama ringkas Rusia. Bagaimanapun, terdapat juga pengecualian. Sebagai contoh, askar udara Soviet menghargai nama kod untuk pesawat MiG-29 'Fulcrum' sebagai menandakan tugas penting pesawat ini dalam mempertahankan ruang udara Rusia. Nama kod bagi Tu-95 iaitu 'Bear' telah diterima baik oleh anak kapalnya. Beratus-ratus nama mesti dipilih, jadi nama-nama ini meliputi pelbagai subjek dan termasuk beberapa perkataan yang sukar difahami.

Penamaan

Sejak terdapat banyak perkataan yang boleh dimulakan dengan abjad, kebanyakan pesawat (dan juga peralatan lain) mempunyai nama yang luar biasa. Sebagai contoh, bagi orang biasa, “Backfire” kedengaran seolah-olah merujuk kepada rancangan untuk “menembak kebelakang,” tetapi dalam bidang penerbangan, “backfire” adalah letupan berbahaya bahan api yang menuju belakang enjin jet yang sedang hidup (membawa kematian kepada anak kapal di darat). Atau mungkin pesawat Tu-22M telah dinamakan "Backfire" kerana ia mempunyai 2 meriam kawalan jauh di bahagian belakang. Pesawat pengebom dinamakan bermula dengan abjab B dan nama seperti Badger, Bear, dan Blackjack digunakan. “Frogfoot,” adalah nama pengenalan untuk pesawat Sukhoi Su-25, merujuk kepada tugasnya sebagai pesawat sokongan rapat udarat. Pesawat pengangkut mempunyai nama bermula dengan abjab C (iaitu “cargo”), yang memberi nama seperti Careless atau Candid.

Penulis Craig Thomas telah mencipta nama pengenalan fantasi NATO "Firefox" untuk pesawat MiG-31 dalam novel beliau Firefox pada tahun 1977, kemungkinan merujuk kepada nama pengenalan NATO sedia ada iaitu "Foxbat" untuk pesawat MiG-25. Novel ini kemudian difilemkan pada 1982, dibintangi oleh Clint Eastwood. Pesawat MiG-31 sebenar sejak tahun 1979 diberikan nama pengenalan "Foxhound" bukan kerana filem ini, tetapi disebabkan pesawat ini dibangunkan daripada pesawat awal "Foxbat".

Senarai nama pengenalan NATO

Huruf pertama menunjukkan kegunaan peralatan itu.

Peluru berpandu

  • A — Peluru berpandu udara-ke-udara.
  • K — Peluru berpandu udara-ke-permukaan (daripada pengenalan Kh Rusia).
  • G — Peluru berpandu permukaan-ke-udara, SAM (atau G merujuk kepada Ground), termasuk pelancaran daripada kapal dan kapal selam.
  • S — Peluru berpandu permukaan-ke-permukaan, termasuk pelancaran daripada kapal dan kapal selam. (paling terkenal adalah SS-1 “Scud”).
    • Peluru berpandu anti kereta kebal juga menggunakan awalan huruf (S).

Pesawat

  • F — Pesawat pejuang, juga kemudian termasuk pesawat serangan darat.
  • B — Pesawat pengebom.
  • C — Pesawat kargo dan pesawat pengangkut.
  • H — Helikopter.
  • M — Pesawat-pesawat lain; Pesawat latihan, tinjauan, laut, penangki, Amaran Awal Udara-AEW dan sebagainya.

-untuk pesawat kepak kaku, nama satu suku kata digunakan untuk pesawat berkuasa kipas (termasuk jenis turboprops), sementara itu nama 2 suku kata menandakan pesawat berenjin jet.

Kapal selam

  • Kapal selam pembawa peluru berpandu balistik
  • Kapal selam pembawa peluru berpandu dipandu
  • Kapal selam pemburu-pembunuh dan ujian

Peralatan

  • Peralatan

Pautan luar

  • Senarai luar tentang nama pengenalan NATO
  • Laman web Air Standardization Coordinating Committee