Marmoset kerdil barat

Marmoset kerdil barat
Marmoset kerdil barat di Amazon, Ekuador
Status pemuliharaan

Terjejas  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Callitrichidae
Genus: Cebuella
Spesies:
C. pygmaea
Nama binomial
Cebuella pygmaea
(Spix, 1823)

Marmoset kerdil barat (Cebuella pygmaea) ialah spesies marmoset, iaitu monyet Dunia Baru yang sangat kecil, dijumpai di barat daya hutan hujan Amazon di Brazil, Colombia, Ecuador, and Peru.

Marmoset kerdil barat merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 cm panjang), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).[perlu rujukan]

Huraian

Marmoset kerdil barat mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, suatu ciri yang unik bagi spesies ini.

Marmoset kerdil barat adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil. Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.

Disebabkan saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, marmoset kerdil barat tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Dalam kurungan, monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun.

Rujukan

  1. ^ de la Torre, S.; Shanee, S.; Palacios, E.; Calouro, A.M.; Messias, M.R.; Valença-Montenegro, M.M. (2021). "Cebuella pygmaea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T136926A200203263. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-2.RLTS.T136926A200203263.en. Dicapai pada 18 November 2021.
  • Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 132. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)

Pautan luar

  • Utusan 25 Ogos 2006/1 Syaaban 1427
  • Video, gambar, dan maklumat mengenai Pigmi Marmoset
  • Laman web Primate Info Net: Halaman fakta Callithrix pygmaea
  • Anak kembar balar Pigmi Marmoset dilahirkan di Sweden
  • Callicebus moloch