Majlis Amanah Rakyat

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Logo MARA
Pejabat MARA Negeri Perlis di Kangar, Perlis.

Kronologi

  • 1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
  • 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
  • 1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.

Peranan MARA dalam pendidikan Malaysia

MARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri. Seperti:

  • Maktab Rendah Sains MARA, diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
  • Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
  • Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
  • GiatMARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA-Japan Industrial Institue (MJII)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Terdapat sebuah tempat di Tasik Banding, Belum Perak yang dinamakan sebagai Pulau MARA yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim.

Pengerusi MARA

Lihat juga

Pautan luar

  • Laman rasmi
  • Laman rasmi Universiti Kuala Lumpur

Rujukan

  1. ^ [http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-hasnita-hashim-pengerusi-baharu-mara-1.755051 Dr. Hasnita Hashim Pengerusi baharu MARA]