MPEG

Kumpulan Pakar Gambar Bergerak (bahasa Inggeris: Motion Picture Experts Groupcode: en is deprecated ), atau singkatannya MPEG, ialah sebuah kumpulan kerja ISO/IEC yang bertujuan memajukan piawaian pengekodan video dan audio. Mesyuarat pertamanya diadakan di Ottawa, Kanada, pada tahun 1998. Pada akhir tahun 2005, MPEG telah berkembang kepada 350 orang ahli setiap mesyuarat dari pelbagai industri, universiti, dan institusi penyelidikan. Gelaran rasmi MPEG ialah ISO/IEC JTC1/SC29 WG11.

MPEG telah menyelaraskan format-format pemampatan dan piawaian sampingan berikut:

  • MPEG-1: Piawaian pemampatan video dan audio terawal. Kemudian digunakan sebagai piawaian untuk VCD, dan merangkumi format pemampatan audio Lapisan 3 (MP3) yang laris.
  • MPEG-2: Piawaian pengangkutan, video dan audio untuk televisyen bermutu penyiaran. Digunakan untuk penyiaran televisyen digital (ATSC, DVB dan ISDB), perkhidmatan televisyen satelit digital, isyarat televisyen kabel digital, SVCD, dan disertakan sedikit pengubahsuaian, seperti fail .VOB (Video OBject) yang membawa imej dalam DVD.
  • MPEG-3: Mula-mulanya direka untuk HDTV, tetapi dihentikan setelah didapati MPEG-2 (dengan tambahan) cukup untuk HDTV. (Jangan kelirukan dengan MP3, iaitu MPEG-1 Lapisan Audio 3.)
  • MPEG-4: Meluaskan MPEG-1 untuk menyokong "objek" video/audio, kandungan 3D, pengekodan kadar bit rendah dan sokongan untuk Pengurusan Hak Digital. Beberapa piawaian video baru yang lebih cekap disertakan (sebagai alternatif kepada Video MPEG-2), khususnya:
    • MPEG-4 Part 2 (or Advanced Simple Profile) dan
    • MPEG-4 Part 10 (atau AVC atau H.264). MPEG-4 Part 10 boleh digunakan dalam cakera HD DVD dan Blu-ray, diiringi VC-1 dan MPEG-2.

Tambahan pula, piawaian-piawaian berikut, biarpun tidak bersinambung dengan piawaian pengekodan video seperti mana MPEG-1 hingga MPEG-4, dinamakan secara serupa seperti berikut:

  • MPEG-7: Piawaian huraian kandungan multimedia.
  • MPEG-21: MPEG menghuraikan piawaian ini sebagai rangka multimedia.

Lebih-lebih lagi, baru-baru ini MPEG telah mula mengikuti piawaian-piawaian antarabangsa; setiap piawaian ini memegang berbilang teknologiMPEG untuk satu kaedah aplikasi. Contohnya, MPEG-A merangkumi sebilangan teknologi dalam format aplikasi multimedia.[1]

  • MPEG-A: Format aplikasi multimedia
  • MPEG-B: Teknologi sistem MPEG
  • MPEG-C: Teknologi video MPEG
  • MPEG-D: Teknologi video MPEG
  • MPEG-E: Multimedia Middleware

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Official MPEG Web Site

Pautan luar

  • Laman web rasmi MPEG
  • MPEG Home
  • MPEG Industry Forum (MPEGIF)

Templat:MPEG

  • l
  • b
  • s
Format-format pemampatan multimedia
Pemampatan video
ISO/IEC MJPEG · MPEG-1 · MPEG-2 · MPEG-4 ASP · MPEG-4/AVC
ITU-T H.120 · H.261 · H.262 · H.263 · H.264
Lain-lain AMV · AVS · Bink · Dirac · Indeo · MJPEG · Pixlet · RealVideo · RTVideo  · Smacker · Theora · VC-1 · VP6 · VP7 · WMV
Pemampatan audio
ISO/IEC MPEG-1 Lapisan III (MP3) · MPEG-1 Lapisan II · MPEG-1 Lapisan I · AAC · HE-AAC · HE-AAC v2
ITU-T G.711 · G.722 · G.722.1 · G.722.2 · G.723 · G.723.1 · G.726 · G.728 · G.729 · G.729.1 · G.729a
Lain-lain AC3 · AMR · Apple Tak Hilang · ATRAC · FLAC · iLBC · Monkey's Audio · Hukum-μ · Musepack · Nellymoser · OptimFROG · RealAudio · RTAudio · SHN · Siren · Speex · Vorbis · WavPack · WMA · TAK
Pemampatan imej
ISO/IEC/ITU-T JPEG · JPEG 2000 · JPEG Tak Hilang · JBIG · JBIG2 · PNG  · WBMP
Lain-lain BMP · GIF · ICER  · ILBM · PCX · PGF  · TGA  · TIFF  · JPEG XR / Foto HD
Bekas media
Am 3GP · ASF · AVI · Bink · DMF · DPX · FLV · Matroska · MP4 · MXF · NUT · Ogg · Ogg Media · QuickTime · RealMedia · Smacker · VOB
Audio sahaja AIFF · AU · WAV
Sila lihat Kaedah Pemampatan untuk kaedah, dan Pelaksanaan Perisian Mampatan untuk codec