Lisa Opie

Lisa Opie OBE (lahir 3 Januari 1963) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari England. Kejayaan terbesarnya ialah pada tahun 1991 apabila memenangi Terbuka British dan sehinggalah kebangkitan Cassie Campion dia ialah pemain no. 1 England.

Lisa memenangi kejohanan pertamanya pada tahun 1979 . Dia berjaya mara ke pusingan akhir Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 1981 tetapi tewas kepada Rhonda Thorne 9-2, 9-0, 9-4. Dia kemudian tewas kepada pemain skuasy New Zealand, Susan Devoy dalam dua pusingan akhir Terbuka Dunia - iaitu pada tahun 1985 (9-4, 9-5, 10-) dan 1987 (9-3, 10-8, 9-2).

Keputusan

Keputusan Terbuka Dunia

  • 1985: naib juara (tewas kepada Susan Devoy 9-4, 9-5, 10-8)
  • 1987: naib juara (tewas kepada Susan Devoy 9-3, 10-8, 9-2)
  • 1990: suku akhir

Keputusan Terbuka British

  • 1982: naib juara (tewas kepada Vicki Cardwell)
  • 1983: naib juara (tewas kepada Vicki Cardwell)
  • 1984: naib juara (tewas kepada Susan Devoy 5-9 9-0 9-7 9-1)
  • 1986: naib juara (tewas kepada Susan Devoy 9-4 9-2 9-3)
  • 1991: Menang (kalahkan Sue Wright 6-9 9-3 9-3 9-4)