Legoland Malaysia

Legoland Malaysia
ليݢولاند مليسيا
Map
Lokasi
  • Iskandar Puteri, Johor,  Malaysia
  • Malaysia Sunting ini di Wikidata
Koordinat1°25′30″N 103°37′38″E Sunting ini di Wikidata
Dibuka15 September 2012; 11 tahun yang lalu (2012-09-15)[1]
PemilikMerlin Entertainments
Pengurus besar
Siegfried Boerst
TemaTaman tema
Musim beroperasi
Sepanjang tahun
Tarikan
Roller coaster
3
Tunggangan air
3
Laman sesawang
www.legoland.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengangkutan dari Singapura dan Semenanjung Malaysia laman web [1] Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim pada 22 September 2012.[2] Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego dibina berdekatan dengan kawasan ini. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang dibuka pada pertengahan tahun 2013[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.[4]

Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.[3]

Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.[3]

Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya[5] dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya.[3]

Susun atur

Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk. Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan. "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan. Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja.

  • Entrance.
    Entrance.
  • Lego Kingdoms
    Lego Kingdoms
  • Lego Kingdoms
    Lego Kingdoms
  • Miniland
    Miniland
  • Menara Berkembar Petronas
    Menara Berkembar Petronas
  • Pelayang Singapura
    Pelayang Singapura
  • Angkor
    Angkor
  • Taj Mahal
    Taj Mahal
  • Dragon.
    Dragon.
  • Dragon.
    Dragon.
  • Dragon's Apprentice
    Dragon's Apprentice
  • Project X
    Project X
  • Dino Island
    Dino Island
  • Dino Island
    Dino Island
  • Lost Kingdom.
    Lost Kingdom.
  • Kereta api
    Kereta api
  • Observation Tower
    Observation Tower
  • Technic Twister
    Technic Twister
  • Rescue Academy
    Rescue Academy

Bayaran masuk

Golongan Kategori Bayaran Nota
Dewasa Tiket sehari RM 428 Pembelian secara dalam talian (tempahan awal selama 7 hari)
RM 580 Harga biasa
Pas tahunan RM 902
Kanak-kanak 3-11 tahun Tiket sehari RM 82.50 Pembelian secara dalam talian (tempahan awal selama 7 hari)
RM 110 Harga biasa
Pas tahunan RM 255
Warga emas 60 tahun ke atas Tiket sehari RM 82.50 Pembelian secara dalam talian (tempahan awal selama 7 hari)
RM 110 Harga biasa
Pas tahunan RM 255

Rujukan

  1. ^ "Asia's first Legoland to open on Sept 15". New Straits Times. 2012-04-25. Dicapai pada 2012-04-28.
  2. ^ "PM: Legoland Malaysia to be catalyst for development". thestar.com.my. 22 September 2012. Dicapai pada 23 September 2012.
  3. ^ a b c d "Legoland Malaysia dishes out variety of Halal foods". New Straits Times. 2012-08-08. Dicapai pada 2012-08-12.
  4. ^ "First SEA Legoland Hotel for Nusajaya". The Sun Daily. 2012-04-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-17. Dicapai pada 2012-04-29.
  5. ^ "Legoland Malaysia targets 1.5 million visitors". channelnewsasia.com. 2010-07-09. Diarkibkan daripada Legoland Malaysia targets 1.5 million visitors yang asal Check |url= value (bantuan) pada 2012-01-14. Dicapai pada 2012-08-16.

Pautan luar

  • (Inggeris) LEGOLAND Malaysia announced for 2013 Diarkibkan 2013-07-28 di Wayback Machine
  • Tempat penting yang berdekatan
  • Fakta Menarik Legoland - Star Wars Miniland
  • l
  • b
  • s
Iskandar Malaysia
Kawasan Pembangunan Iskandar
Daerah
Kulai · Johor Bahru · Pontian (Selatan)
Syarikat hartanah utama
Khazanah Nasional · Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar · Syarikat Permodalan Iskandar · Kumpulan Prasarana Rakyat Johor · Johor Corporation · Kumpulan UEM · Ekovest Berhad
Pihak berkuasa tempatan
Zon ekonomi
Zon A: Pusat bandaraya Johor Bahru · Zon B: Iskandar Puteri · Zon C: Pembangunan Gerbang Barat · Zon D: Pembangunan Gerbang Timur · Zon E: Senai-Skudai
Bandar utama
Mercu tanda utama
Infrastruktur
Pendidikan
  • l
  • b
  • s
Lego
  • Kumpulan Lego
  • Sejarah Lego
  • Garis masa
  • Lego.com
Rangkaian produk
Tema semasa
  • Architecture
  • Batman
  • Castle
  • City
  • Creator
  • Duplo
  • Friends
  • Games
  • Hero Factory
  • Mindstorms
  • Minifigures
  • Modular Houses
  • Monster Fighters
  • Ninjago
  • Racers
  • Space
  • Star Wars
  • Super Heroes
  • Technic
  • The Hobbit
  • The Lord of the Rings
  • Teenage Mutant Ninja Turtles
Tema terhenti
  • 4+
  • Agents
  • Adventurers
  • Alpha Team
  • Aqua Raiders
  • Aquazone
  • Atlantis
  • Avatar: The Last Airbender
  • Baby
  • Belville
  • Ben 10: Alien Force
  • Bionicle
  • Dino Attack
  • Exo-Force
  • Fabuland
  • Indiana Jones
  • Harry Potter
  • Mars Mission
  • Mickey Mouse
  • Ninja
  • Pharaoh's Quest
  • Pirates
  • Pirates of the Caribbean
  • Power Miners
  • Prince of Persia: The Sands of Time
  • Quatro
  • RoboRiders
  • Rock Raiders
  • Slizer/Throwbots
  • Spider-Man
  • SpongeBob SquarePants
  • Sports
  • Spybotics
  • Studios
  • Time Cruisers
  • Toy Story
  • Vikings
  • Wild West
  • World Racers
Lain-lain produk
  • Permainan video
  • Permainan berpapan
  • Cuusoo
  • Design byME
  • Filem
  • Serious Play
Perancang utama
  • Ole Kirk Christiansen
  • Godtfred Kirk Christiansen
  • Kjeld Kirk Kristiansen
  • Jørgen Vig Knudstorp
Legoland
  • Legoland Billund
  • Legoland California
  • Legoland Deutschland
  • Legoland Florida
  • Legoland Malaysia
  • Legoland Windsor
  • Legoland Discovery Centre
Peristiwa
  • BrickCon
  • BrickFair
  • BrickFest
  • Brickworld
  • FIRST Lego League
  • Junior FIRST Lego League
  • Robofest
Lain-lain topik
  • Brickfilm
  • The Brick Testament
  • Irregular Webcomic!
  • LDraw
  • Lego Club Magazine
  • Lego Digital Designer
  • LUGNET
  • MLCAD
  • Minifigure
  • Kategori Kategori
  • Portal Portal
  • Laman WikiProject WikiProjek
  • Buku Wikipedia Book