Kumpulan Tentera Darat A

Bendera Panglima Kumpulan Tentera Darat 1941–1945

Kumpulan Tentera Darat A adalah nama beberapa kumpulan tentera darat Jerman semasa Perang Dunia II.

Perbatasan Barat, 1940

Sewaktu pencerobohan Jerman ke atas Negeri-Negeri Pamah dan Perancis, Kumpulan Tentera Darat A yang diperintah oleh Kolonel Jeneral Gerd von Rundstedt telah berjaya memecah keluar daripada Ardennes. Ia merangkumi 45½ divisyen, termasuk 7 divisyen panzer dalam Kumpulan Panzer Kleist.

Senarai Tempur

  • Tentera Darat Ke-4 Kolonel Jeneral Gunther von Kluge
      • Kor V (Wehrmacht) Jeneral Infantri Richard Ruoff
          • Divisyen Ke-251 Infantri (Wehrmacht) GenLt Hans Kratzert
      • Kor VIII (Wehrmacht) Jeneral Infantri Ernst Busch
          • Divisyen Ke-8 Infantri (Wehrmacht) GenLt Rudolf Koch-Erpach
          • Divisyen Ke-28 Infantri (Wehrmacht) GenMaj Johann Sinnhuber
      • Kor II (Wehrmacht) Jeneral Infantri Adolf Strauss
          • Divisyen Ke-12 Infantri (Wehrmacht) GenLt Walther von Seydlitz-Kurzbach
          • Divisyen Ke-32 Infantri (Wehrmacht) GenLt Franz Böhme
      • Kor XV (Wehrmacht) Jeneral Infantri Hermann Hoth
          • Divisyen Ke-5 Panzer GenLt Joachim Lemelsen
          • Divisyen Ke-7 Panzer GenMaj Erwin Rommel
          • Divisyen Ke-62 Infantri (Wehrmacht) GenMaj Walter Keiner
      • Simpanan
          • Divisyen Ke-4 Infantri (Wehrmacht) GenLt Erick-Oskar Hansen
          • Divisyen Ke-87 Infantri (Wehrmacht) GenLt Bogislav von Studnitz
          • Divisyen Ke-211 Infantri (Wehrmacht) GenLt Kurt Renner
          • Divisyen Ke-263 Infantri (Wehrmacht) GenLt Franz Karl
          • Divisyen Ke-267 Infantri (Wehrmacht) GenLt Ernst Fessmann
  • Tentera Darat Ke-16 Jeneral Infantri Ernst Busch
  • Tentera Darat Ke-12 Generaloberst Wilhelm List

Perbatasan Timur, 1942

Pada tahun 1942, Kumpulan Tentera Darat Selatan berada di selatan Rusia Barisan Timur. Untuk Kes Biru (Fall Blau), iaitu penyerangan musim panas Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht), Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipecahkan kepada Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B. Kumpulan Tentera Darat A telah di arahkan ke selatan untuk menawan medan-medan minyak di Caucasus.

Kumpulan Tentera Darat A merangkumi ketumbukan darat yang berikut:

Perbatasan Timur, 1945

Pada 16 Januari 1945 Kolonel Bogislaw von Bonin, Ketua Bahagian Operasi Turus Am Tentera Darat (Generalstab des Heeres) memberikan Heeresgruppe A kebenaran untuk berundur sewaktu Penyerangan Vistula–Oder Soviet, mengingkari arahan terus daripada Adolf Hitler untuk terus bertahan. Walaupun Heeresgruppe A terselamat dari kepungan dan bersatu semula, von Bonin telah ditangkap oleh Gestapo pada 19 Januari 1945, dan mula-mula dipenjarakan di Kem tahanan Flossenbürg dan kemudian Kem tahanan Dachau. Beliau akhirnya dibebaskan bersama dengan tahanan lain di Selatan Tyrol oleh Tentera Darat AS pada Mei 1945.

Pada 25 Januari 1945 Hitler menamakan semula tiga kumpulan tentera darat. Kumpulan Tentera Darat Utara menjadi Kumpulan Tentera Darat Courland; Kumpulan Tentera Darat Tengah menjadi Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat A menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah.

Para Panglima

[1] [2]

Ketua-Ketua Staf Am

Lihat juga

  • Senarai unit tentera Jerman dalam Perang Dunia II

Rujukan

  1. ^ http://axishistory.com/axis-nations/germany-a-austria/147-germany-heer/heeresgruppen/2606-heeresgruppe-a
  2. ^ http://lexikon-der-wehrmacht.de/Gliederungen/Heeresgruppen/HeeresgruppeA.htm
  3. ^ Adolf Hitler sendiri memerintah Kumpulan Tentera Darat A dari September hingga November 1942