Kementerian Reichswehr

Pintu masuk ke Bendlerblock.

Didalam sejarah Jerman, Kementerian Reichswehr atau Kementerian Pertahanan Reich (Jerman: Reichswehrministeriumcode: de is deprecated ) adalah kementerian pertahanan Republik Weimar dan permulaan Reich Ketiga. Perlembagaan Weimar tahun 1919 mensyaratkan bagi sebuah kementerian pertahanan nasional disatukan untuk menyelaras Reichswehr baru, dan kementerian itu telah ditubuhkan pada Oktober 1919, daripada Kementerian Perang dan Reichsmarineamt Prusia yang sedia ada. Ia beribupejabat di bangunan Bendlerblock. Wehrgesetz (Undang-Undang Pertahanan) bertarikh 21 Mei 1935[1] menamakannya semula Reichskriegsministerium (Kementerian Perang Reich), yang kemudian dibubarkan pada tahun 1938 dan digantikan dengan Oberkommando der Wehrmacht.

Sejarah

Didalam rangka Gesetzes über die Bildung einer vorläufigen Reichswehr ("Undang-undang mengenai pembentukan sementara tentera negara") pada Mac 1919, Reichspräsident adalah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera, dengan Reichswehrminister (Menteri Pertahanan Reich) menjalankan urusan pentadbiran. Pengaturan ini meninggalkan angkatan tentera Prusia, yang kekal dibawah pentadbiran Menteri Perang Prusia. Selepas Perlembagaan Weimar berkuatkuasa, kementerian perang Bavaria, Saxony, Württemberg dan Prusia telah dibubarkan dan kuasa pemerintahan tertumpu di tangan Reichswehrminister nasional. Kuasa pemerintahan bagi setiap cabang perkhidmatan telah diberikan kepada Ketua Markas Tentera Darat (Heeresleitung) dan Ketua Markas Tentera Laut (Marineleitung). Ministeramt telah ditubuhkan sebagai jabatan ketiga didalam kementerian pada tahun 1929, dengan ketua Ministeramt′ bertindak sebagai wakil politik Reichswehrminister′. Staf Am mengambil alih peranan Truppenamt.

"Verkündung der Wehrhoheit" (pengisytiharan kedaulatan tentera) tahun 1935 mewujudkan Oberkommando der Luftwaffe yang baru (OKL - diuruskan oleh Kementerian Udara) dan menukar Heeresleitung kepada Oberkommando des Heeres (OKH) dan Marineleitung menjadi Oberkommando der Marine (OKM). Jawatan menteri telah ditukar nama Wehrmachtsamt. Hasil daripada Peristiwa Blomberg-Fritsch, jawatan Reichskriegsminister dan Wehrmachtsamt telah dibubarkan oleh Adolf Hitler dan tugas-tugas mereka dipindahkan ke Oberkommando der Wehrmacht (OKW).

Senarai para pegawai

Para Menteri Pertahanan

Lihat juga: Senarai menteri pertahanan Jerman

Ketua-Ketua Markas Tentera Darat

Panji-panji Chefs der Heeresleitung dari tahun 1925-1927.
Panji-panji Chefs der Heeresleitung dari tahun 1927-1933.

Jerman: Chefs der Heeresleitungcode: de is deprecated

Oberbefehlshaber des Heeres

  • Generaloberst Werner Freiherr von Fritsch, 1 Jun 1935 hingga 4 Februari 1938

Ketua-Ketua Markas Tentera Laut

Jerman: Chef der Marineleitungcode: de is deprecated

  • Vizeadmiral Adolf von Trotha, September 1919 hingga Mac 1920
  • Konteradmiral William Michaelis, Mac 1920 hingga September 1920 (komisar)
  • Vizeadmiral Paul Behncke, 1 September 1920 hingga 30 September 1924
  • Vizeadmiral Hans Zenker, 1 Oktober 1924 hingga 30 September 1928
  • Vizeadmiral Erich Raeder, 1 Oktober 1928 hingga 1 Jun 1935

Oberbefehlshaber der Marine

  • Admiral Erich Raeder, 1 Jun 1935 hingga 30 Januari 1943

Ketua-Ketua Ministeramt

  • General der Infanterie Kurt von Schleicher, 1 Februari 1929 hingga 1 Jun 1932
  • Generalmajor Ferdinand von Bredow, 1 Jun 1932 hingga 30 Januari 1933
  • Oberst Walther von Reichenau, 1 Februari 1933 hingga 1 Februari 1934

Chef des Wehrmachtamtes

  • Generalmajor Walter von Reichenau, 1 Februari 1934 hingga 30 September 1935
  • Generalmajor Wilhelm Keitel, 1 Oktober 1935 hingga 4 Februari 1938

Chef des Oberkommandos der Wehrmacht (OKW)

  • General der Artillerie Wilhelm Keitel, 4 Februari 1938 hingga 8 Mei 1945

Rujukan

  1. ^ (Jerman) RGBl I, S. 609 / Faksimile Wehrgesetz

Pautan luar

  • (Jerman) Article on adlexikon.de