Kebakaran Besar London

A painting showing the great fire of London, 4 September 1666, as seen from a boat in vicinity of Tower Wharf
Gambaran Kebakaran Besar London oleh pelukis yang tidak diketahui mengenai api yang barangkalinya muncul pada malam hari Selasa, 4 September 1666 dari perahu di sekitar Dermaga Menara (Tower Wharf). Menara London terletak di sebelah kanan gambar, Jambatan London di sebelah kiri manakala Katedral St Paul berada jauh di belakang dimamah api tinggi.

Kebakaran Besar London adalah merupakan kejadian kebakaran besar yang melanda bahagian tengah kota London dari Ahad, 2 September hingga Rabu, 5 September 1666.[1] Kebakaran tersebut memusnahkan infrastruktur zaman pertengahan Kota London di dalam lingkungan tembok kota Rom lama tempat tersebut. Ia mengancam tetapi tidak sampai ke daerah bangsawan Westminster, Istana Whitehall milik Charles II, dan kebanyakan petempatan setinggan di pinggir kota. [2] Kebakaran tersebut telah memusnahkan 13,200 buah rumah, 87 gereja-gereja, Katedral St Paul, dan kebanyakan bangunan milik penguasa Kota. Kebakaran ini dianggarkan telah memusnahkan 70,000 buah rumah milik 80,000 penduduk Kota London.[3]

Bilangan korban kematian tidak diketahui namun dianggap kecil dengan hanya enam kematian sah yang telah dicatatkan. Pendapat itu telah dicabar baru-baru ini atas alasan kematian golongan miskin serta kelas pertengahan tidak tercatat sementara kepanasan api yang membakar mungkin telah membakar banyak mangsa sehingga tidak banyak peninggalan yang dapat dikenal pasti. Sekeping tembikar yang ditemukan oleh ahli-ahli arkeologi di Pudding Lane --lokasi bermulanya kebakaran tersebut--  menunjukkan suhu mencapai 1250°C.[4]

Titik asal kebakaran

Kejadian ini bermula di kilang Thomas Farriner (atau Farynor) di Lorong Pudding tidak lama selepas tengah malam pada hari Ahad 2 September yang kemudian maraknya dengan cepat ke arah barat seluruh Kota London. Teknik memadam kebakaran pada ketika itu merupakan pembuatan penghadang api dengan meruntuhkan bangunan-bangunan di sekeliling api, namun tindakan tersebut ditunda akibat perasaan ragu-ragu Tuan Datuk Bandar London. Tiupan angin kuat memarakkan api sehingga ia gagal dipadam, dan api yang membesar tersebut bergerak ke arah utara hingga ke pusat Kota pada awal Isnin.

Maraknya kebakaran

Meluasnya Kebakaran Besar London dari hari ke hari dicatatkan dua diaris Inggris terkenal bernama Samuel Pepys (1633-1703) dan John Evelyn (1620-1706). Mereka mencatat setiap peristiwa yang terjadi selama kebakaran dalam buku harian mereka. Misalnya, mereka berdua pergi ke taman Moorfields di wilayah utara kota pada hari Rabu untuk memantau keadaan para mangsa yang terjejas. Buku harian mereka merupakan sumber penting bagi penceritaan kembali bencana modern. Buku-buku terkini mengenai peristiwa kebakaran ini seperti buku karangan Tinniswood (2003) dan Hanson (2001) juga didasarkan kepada riwayat singkat William Taswell (1651-1682), seorang siswa berusia empat belas tahun di Sekolah Westminster pada tahun 1666.

Setelah melewati musim panas yang panjang pada tahun 1664 dan 1665, London dilanda kekeringan yang luar biasa sejak bulan November 1665. Bangunan -bangunan kayu yang mudah terbakar menjadi semakin kering kerontang setelah berlalunya musim panas tahun 1666. Api pertama kalinya menyala di kedai roti di Pudding Lane pada dinihari Ahad, kemudian dikipasi oleh angin timur ke bagian London yang lainnya.

Akibat

Masalah sosial dan ekonomi yang terzahir daripada bencana ini begitu dahsyat. Raja Charles II mengalakkan dengan kuatnya pemindahan serta penempatan semula dari London demi mengelakkan pemberontakan mereka yang terjejas dari bencana ini. London pula telah dibina semula atas pelan jalan yang sama digunakan sebelum kebakaran tersebut berlaku, meskipun terdapat cadangan-cadangan baru lain yang difikirkan dalam kerja membina semula kota itu.Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.

Nota

  1. ^ Semua tarikh diberikan mengikut takwim Julius.
  2. ^ Porter, 69–80.
  3. ^ Tinniswood, 4, 101.
  4. ^ "Pottery". Museum of London. Dicapai pada 14 November 2014.

Rujukan

  • Evelyn, John (1854). Diary and Correspondence of John Evelyn, F.R.S. London: Hurst and Blackett. Dicapai pada 5 November 2006.
  • Hanson, Neil (2001). The Dreadful Judgement: The True Story of the Great Fire of London. New York: Doubleday. Sila lihat Lauzanne, Alain. "Revue pluridisciplinaire du monde anglophone". Cercles. Dicapai pada 12 October 2006. untuk ulasan karaya Hanson.
  • Hanson, Neil (2002). The Great Fire of London: In That Apocalyptic Year, 1666. Hoboken, New Jersey: John Wiley and Sons. - kandungan yang "agak berbeza" daripada buku Hanson yang sebelumnya iaitu The Dreadful Judgement.
  • Leasor, James (2011) [1961]. The Plague and the Fire. ISBN 978-1-908291-22-6.
  • "London: the city as a phoenix – The Great Fire of London". Richmond upon Thames Library Services. Dicapai pada 20 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  • Morgan, Kenneth O. (2000). Oxford Illustrated History of Britain. Oxford: Oxford.
  • Pepys, Samuel (1995). Robert Latham and William Matthews (eds.) (penyunting). The Diary of Samuel Pepys, Vol. 7. London: Harper Collins. ISBN 0-00-499027-7.CS1 maint: extra text: editors list (link) 
  • Porter, Roy (1994). London: A Social History. Cambridge: Harvard.
  • Reddaway, T. F. (1940). The Rebuilding of London after the Great Fire. London: Jonathan Cape.
  • Robinson, Bruce. London: Brighter Lights, Bigger City. BBC. Dicapai pada 12 Ogos 2006.
  • Sheppard, Francis (1998). London: A History. Oxford: Oxford.
  • Tinniswood, Adrian (2003). By Permission of Heaven: The Story of the Great Fire of London. London: Jonathan Cape.
  • Old St Paul's, A Tale of the Plague and the Fire, novel by Harrison Ainsworth

Pautan luar

  • Penerangan dari Muzium London
  • Api di London web dihasilkan oleh Muzium London, Arkib Negara British, Nasional Galeri Potret, Muzium Bomba London dan Arkib Metropolitan London untuk murid-murid (umur 5-7) dan guru
  • l
  • b
  • s
Sejarah London
Evolusi

Londinium · Lundenwic · Bandar Raya London · Bandaraya Westminster · Wilayah London · London Raya

Kerajaan tempatan

Metropolitan Board of Works · Majlis County London · Majlis London Raya · Pihak berkuasa London Raya · Perhimpunan London · Datuk Bandar London

Peristiwa

Pemberontakan Pengemis · Maut Hitam · Wabak Besar · Kebakaran Besar · Great Stink · Pameran Besar · The Blitz · London Berayun · Pelan London · Letupan bom 7/7 · Sukan Olimpik (1908 • 1948 • 2012)

Struktur

Katedral St Paul · Menara London · Istana Whitehall · Dewan Westminster · Jambatan London · Westminster Abbey · Big Ben · Tugu peringatan

Bandaraya London

Perbadanan London · Tuan Datuk Bandar London · Guildhall · Syarikat Livery · Persembahan Tuan Datuk Bandar · Bank England

Perkhidmatan

Bow Street Runners · Khidmat Polis Metropolitan · Khidmat Ambulan London · Bomba London · Sistem pembetungan London

Kategori sejarah London