Keadilan Illahi

Keadilan Ilahi
PengarahK. M. Basker
Lakon layarK. M. Basker
DibintangiYusof Latiff
Saadiah
S. Kadarisman
Ahmad C
SinematografiHitam Putih
Muzik olehOsman Ahmad
Syarikat
penerbitan
Malay Film Productions
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 27 April 1956 (1956-04-27)
Masa tayangan
105 Minit
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

Keadilan Ilahi ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1956. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah

Filem ini diarahkan oleh K. M. Basker pada 1956

Sinopsis

Sultan Abdul Muluk seorang Sultan yang alim dan warak. Beliau sangat berpegang teguh pada ajaran Islam. Beliau memerintah dengan aman di negeri Darul Makmur. Namun begitu, kehilangan anak-anak gadis tanpa dikesan menyebabkan negeri yang diperintah beliau menjadi huru hara.

Oleh itu Sultan Abdul Muluk mengambil keputusan untuk mengembara seorang diri untuk menyiasat misteri kehilangan anak-anak gadis di negerinya. Di dalam perjalanan, beliau bertemu Din yang juga sedang mencari tunangnya yang ghaib secara tiba-tiba.

Pelbagai ujian dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka berdua dalam perjalanan itu sehinggalah mereka bertemu dengan Malaun (Raja Sihir Di Dalam Dunia) iaitu yang menjadi punca kehilangan anak-anak gadis di negerinya

Pelakon

Pelakon utama

  • Yusof Latiff sebagai Sultan Abdul Muluk
  • Saadiah sebagai Puteri Nurani
  • S. Kadarisman sebagai Malaun
  • Ahmad C sebagai Din

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

Penyanyi & Lagu

  • Normadiah - Penggodaan
  • Normadiah & Kamsani - Hasrat Hati

Trivia

Filem ini adalah filem kedua lakonan Jins selepas filem Keluarga Tolol. Filem ketiga Jins adalah Anak-ku Sazali, kesemuanya sebagai pelakon tambahan.