James Marsden

James Marsden
Enchanted, 2007
Kelahiran18 September, 1973
Stillwater, Oklahoma, A.S.
Ketinggian5 kaki 10 in / 1.78 m

James Paul Marsden (lahir 18 September 1973 di Stillwater, Oklahoma) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat.


Biografi

Permulaan

Beliau menghadiri Putnam City North High School, di Oklahoma City bersama dengan rakan "X-Men" iaitu Rebecca Romijn yang memegang watak Mystique dalam ketiga-tiga filem X-Men. Sewaktu membesar, Marsden yang memang meminati lakonan juga meminati gusti kerana mengagumi persembahan dan semangat kesukanannya, lalu melibatkan dirinya dalam gusti tempatan, di bawah nama samaran "El Gato Negro" (Si Kucing Hitam).[perlu rujukan]

Kehidupan peribadi

Marsden berkahwin dengan pelakon Lisa Linde (Days of Our Lives), dan hasil perkongsian hidup telah mengurniakan Marsden dengan dua orang cahaya mata. Beliau mempunyai hubungan rapat dengan adik-beradik Kirk Cameron dan Candace Cameron. Mereka menolongnya apabila dia berpindah ke Hollywood.

Marsden adalah seorang fan pada Simple Plan dan berkawan baik dengan penyanyi utama Pierre Bouvier. Tidak dkenali dengan kebanyakan orang, Marsden wujud di video "I'd Do anything" oleh band itu tetapi telah disalahkreditkan pada berada dalam video untuk "Addicted".

Kawan-kawan dan keluarga telah diketahui memanggilnya "Bello Jimmy" dan juga "Jimmy Lee", selepas ciri dari Francais Double Dragon, di mana Marsden adalah fan pada membesar.

Dia suka makan pai epal pada petang hari Ahad. Dia berkata "Ia menperingati saya ketika ibu saya membakar pai epal setiap pagi hari Ahad dan kami akan duduk di porch dan makan Pai Panas dan minum Lemonad Sejuk". Dia juga berminat pada muzik klassik dari Bach ke Barry Manilow. Dia juga fan besar pada rock selatan dan klassik.

Filemografi

  • Love is a Four Letter Word (2008) - Henry Bocklestein
  • Hairspray (2007) - Corny Collins
  • Enchanted (2007) - Prince Edward
  • Simple Plan: Live and Cryin! (2007)
  • Bobby (2006)
  • Conan: Red Nails (2006)
  • Superman Returns (2006) - Richard White
  • X-Men: The Last Stand (2006) - Scott Summers / Cyclops
  • The Alibi (2006)
  • 10th & Wolf (2006)
  • Heights (2004)
  • If It's Not Bleeding, Don't Cry (2004)
  • The Notebook (2004) - Lon Hammond Jr.
  • The 24th Day (2004)
  • Interstate 60 (2002)
  • X-Men 2 (2003) - Scott Summers / Cyclops
  • Beer Money (2001) (TV)
  • Ally McBeal (2001) - Glenn Foy (Musim ke-5)
  • Zoolander (2001) - John Wilkes Booth
  • Sugar & Spice (2001)
  • X-Men (2000) - Scott Summers / Cyclops
  • 101 Ways To Fall In Love (2000)
  • Gossip (2000)
  • Hyperion Bay (1998) (siri TV)
  • Disturbing Behavior (1998)
  • Brothers of the Frontier (1996) (TV)
  • Second Noah (1996-1997) (TV) sebagai Ricky Beckett
  • Saved by the Bell: Wedding in Las Vegas (1994) (TV)
  • Superhuman Samurai Syber-Squad - Episod "Loose Lips Sink Microchips" sebagai "Greg Chammings" (November 14th, 1994)
  • The Nanny (1993) (TV) sebagai Eddie
  • Saved by the Bell: Hawaiian Style (1992) (TV)
  • Saved by the Bell (1989) (siri TV)

Pautan luar

  • James Marsden di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)