Institut Alam dan Tamadun Melayu

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ialah institut pengajian Melayu yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor. Institut ini ditubuhkan pada 1 Disember 1972 dan menawarkan program yang berkaitan dengan kajian alam dan tamadun Melayu.[1]

Bidang kajian ATMA termasuklah kajian manuskrip Melayu yang mengkaji manuskrip lama yang terdapat di alam Melayu termasuk yang bertulisan Jawi. ATMA dipimpin oleh pengarahnya Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.

Sejarah

Institut Alam dan Tamadun Melayu bermula sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) pada 1 Disember 1972 di Universiti Kebangsaan Malaysia. IBKKM mula menawar program pengajian pascasiswazah termasuk Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah serta penyelidikan dalam bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Institut ini turut menjadi pusat rujukan dalam bidang ini.

Pada 1992, IKKBM ditukar kepada ATMA dan sejajar dengan itu meluaskan bidang kajiannya kepada alam dan tamadun Melayu. Semenjak penubuhan, institut ini berpandu konsep takrifan luas bidang alam dan tamadun Melayu yang mencakupi falsafah, pemikiran, kepercayaan, budaya material, identiti dan semua aspek kehidupan dalam kosmologi Melayu. Sempadan konsep alam Melayu diluaskan lagi melangkaui landskap tanah, samudera dan angkasa.

Alumni terkenal

  • Dr. Harun Mat Piah - Tokoh Pengkaji Manuskrip Malaysia[2] merupakan seorang graduan dari Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu sebelum namanya ditukar kepada ATMA.[3]

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ Pengenalan Institut Alam dan Tamadun Melayu
  2. ^ Tokoh pengkaji manuskrip negara, Sinar Harian, 16 Disember 2015, dicapai pada 30 Disember 2015
  3. ^ Dr. Harun Mat Piah, Graduan Sulung PhD UKM

Pautan luar

Institut Alam dan Tamadun Melayu Diarkibkan 2016-02-03 di Wayback Machine

  • Kampus utama: Bangi
  • Kampus cawangan: Cheras & Kuala Lumpur
Orang penting
  • Canselor: Tuanku Muhriz
  • Pro-Canselor:
  • Pengerusi Lembaga Pengarah: Mohamad Abd Razak
  • Naib Canselor: Mohd Ekhwan Toriman
Fakulti
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Undang-undang
  • Pergigian
  • Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Sains dan Teknologi
  • Pendidikan
  • Ekonomi dan Pengurusan
  • Perubatan
  • Farmasi
  • Teknologi dan Sains Maklumat
  • Pengajian Islam
  • Sains Kesihatan
  • Siswazah Perniagaan
  • Citra
Pusat Penyelidikan
  • Institut Sel Fuel
  • Perubahan Iklim
  • Informatik Visual
  • Penyelidikan Tenaga Suria
  • Biologi Sistem
  • Islam Hadhari
  • Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik
  • Kajian Etnik
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
  • Alam dan Tamadun Melayu
  • Kajian Malaysia dan Antarabangsa
  • Biologi Molekul Perubatan
  • Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia
Entiti komersil
  • UKM Holdings
  • UKM Technology
Keanggotaan
  • Rangkaian Universiti ASEAN
Rencana berkaitan