Himitsu Sentai Goranger

Lencong ke:

  • Gorenger

Sebagai Super Sentai

Nama "Super Sentai" sebenarnya berasal dari siri Battle Fever J pada tahun 1979. Goranger dan J.A.K.Q sebenarnya tidak disenaraikan sebagai Super Sentai kerana pada episod 1 Turboranger, Battle Fever J dianggap sebagai Super Sentai pertama. Sehinggalah pada tahun 1995 (Chouriki Sentai Ohranger) Goranger dan J.A.K.Q disenarai sebagai Super Sentai yang terawal.

Jalan Cerita

Apabila dunia diancam oleh sebuah organisasi pengganas yang dikenali sebagai Black Cross Army telah muncul, sebuah organisasi rahsia EAGLE telah ditubuhkan untuk menghalang ancaman itu. Apabila Black Cross Army berasa terancam dengan pertubuhan itu, mereka telah melancarkan serangan mengejut ke atas pertubuhan EAGLE.

Di seluruh Jepun, Black Cross Army telah menghantar lima pegawai tingginya untuk memusnahkan cawangan-cawangan pertubuhan EAGLE, membunuh kesemuanya kecuali lima orang ejen yang terselamat. Ejen-ejen itu telah dipanggil untuk ke kedai snek "Gon" oleh Edogawa Gonpachi, Komander Pertubuhan EAGLE dan membawa ejen-ejen tersebut ke pusat kawalan bawah tanah di kedai snek tersebut. Kelima-lima ejen itu telah terpilih untuk menjadi Pasukan Rahsia Goranger dan mereka merupakan pilihan terakhir yang boleh menyelamatkan bumi menentang Black Cross Army. Mereka telah diberikan sut yang mempunyai kekuatan dan kelajuan luar biasa dan berjanji untuk memusnahkan Black Cros Army selamanya.

Watak Protagonis

EAGLE

Pertubuhan EAGLE International Secret Defense Organization EAGLE (国際秘密防衛機構イーグルcode: ja is deprecated , Kokusai Himitsu Bōei Kikō Īguru, Organisasi Pertahanan Rahsia Antarabangsa EAGLE) ialah sebuah pertubuhan yang ditugaskan untuk menentang Black Cross Army