Derhaka Cinta Jebat

  • Drama
  • Cinta
  • Dendam
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik TetDitulis olehSyed Mohaamaad Taufik Syed AbdulPengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
  • Azlee Khairi
  • Elvina Mohamad
  • Ikmal Amry
  • Jasper Supayah
Lagu pembukaan"Yang Benar" - Floor 88Lagu penutup"Yang Benar" - Floor 88Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod26PenerbitanPenerbit eksekutifJulia JuhasuPenerbit
  • Rosyam Nor
  • Julia Juhasu
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV1 (Slot Widuri)Format gambar1080i (HDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal3 Januari 2022 – 15 Februari 2022KronologiMengikutiMaryam ElianaDiikuti olehNurlaila

Derhaka Cinta Jebat merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Ejump Mohd di bintangi oleh Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Ikmal Amry. [1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 Januari 2022 menggantikan Maryam Eliana.[2]

Sinopsis

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

Pelakon

  • Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
  • Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
  • Ikmal Amry sebagai Tuah Iskandar
  • Jasper Supayah sebagai Cemelia
  • Faez Nick sebagai Iqbal
  • Daniel Fong sebagai Amar/Eric Wong
  • Ikhwan Rosli sebagai Salim
  • Nina Fazurina sebagai Amira
  • Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
  • Mimi Ernida sebagai Inara
  • Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
  • Wilma Muhammad sebagai Huda
  • Aznah Hamid sebagai Opah
  • Bohari Ibrahim sebagai Azman
  • Puteri Ateeqah sebagai Suria
  • Razali Ghani sebagai Pak Husin
  • Siti Ruwiyani sebagai Cik Yam
  • Izzendra sebagai Teja

Rujukan

  1. ^ Drama Derhaka Cinta Jebat. MyInfoTaip. Dicapai 2 Januari 2022
  2. ^ Budiey (31 Disember 2021). "Derhaka Cinta Jebat buka tirai Drama Adaptasi 2022 di RTM". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Januari 2022.