Darling Harbour

Darling Harbour dari Pyrmont Bridge

Darling Harbour, adalah sebuah penempatan di Sydney, New South Wales, Australia. Merupakan kawasan rekreasi dan pejalan kaki besar yang terletak di pinggir luar barat Sydney Central Business District. Penempatan ini menjangkau ke utara dari Chinatown, di sepanjang tepi Cockle Bay hingga King Street Wharf di timur, dan ke bandar pinggiran Pyrmont di barat. Cockle Bay hanyalah salah satu aliran air yang ikut membentuk Darling Harbour, yang berakhir ke utara masuk ke Port Jackson.

Kawasan ini dan sekitarnya diuruskan secara bebas oleh Kawasan Kerajaan Tempatan Bandar Raya Sydney, dan pihak berkuasa kerajaan negeri New South Wales, Sydney Harbour Foreshore Authority.

Sejarah

Darling Harbour 1900

Darling Harbour dinamakan sempena Letnan-Jenderal Ralph Darling, yang berkhidmat sebagai Gabenor New South Wales sejak 1825 hingga 1831. Asalnya merupakan sebahagian daripada pelabuhan dagang Sydney, termasuk Darling Harbour Railway Goods Yard. Semasa Kemelesetan Besar, bahagian timur Darling Harbour (Barangaroo) mulai dikenal sebagai The Hungry Mile, kerana banyak pekerja tepi air yang mencari pekerjaan di sepanjang dermaga. [1]

Pada pertengahan hingga akhir 1980-an daerah ini mulai ditinggalkan dan dibangunkan semula menjadi kawasan pejalan kaki dan pelancong sebagai inisiatif Menteri Pekerjaan Umum New South Wales, Laurie Brereton. Sydney Convention and Exhibition Centre di Darling Harbour adalah tempat diadakannya Sukan Olimpik Musim Panas 2000 dan tempat mesyuarat utama APEC Australia 2007.

  • Darling Harbour tahun 1877.
    Darling Harbour tahun 1877.
  • Darling Harbour sebagai pelabuhan sibuk pada awal 1980-an.
    Darling Harbour sebagai pelabuhan sibuk pada awal 1980-an.
  • Darling Harbour dan jalan bebas rintangan Western Distributor sedang dibina pada awal 1980-an.
    Darling Harbour dan jalan bebas rintangan Western Distributor sedang dibina pada awal 1980-an.

Pelancongan

Feri South Steyne di luar Australian National Maritime Museum
Darling Harbour dengan Sega World Sydney yang telah ditutup di hadapan

Darling Harbour adalah tumpuan bagi pelbagai kemudahan awam dan tempat pelancongan besar, iaitu:

  • Harbourside Shopping Centre yang memiliki Kingpin Bowling Alley, M9 Laser Wars juga simulator pesawat jet pertama di Australia.
  • Sydney Entertainment Centre
  • Paddy's Market
  • Sydney's Chinese Gardens
  • Tumbalong Park
  • Sydney Convention and Exhibition Centre
  • Australian National Maritime Museum (mengandungi kapal muzium termasuk HMAS Vampire)
  • Star City Casino
  • Powerhouse Museum
  • Sydney Aquarium
  • LG IMAX Theatre - wayang dengan skrin terbesar di dunia [2]
  • Sydney Wildlife World
  • Aboriginal Centre
  • Sega World Sydney (ditutup tahun 2000)

Pengangkutan

Darling Harbour dihubungkan dengan CBD oleh Sydney Monorail melalui beberapa stasiun. Sebuah dermaga feri berhampiran Sydney Aquarium memberikan akses kepada perkhidmatan feri Inner Harbour, yang menjalankan operasi ke Circular Quay dan pinggiran lain.

Sydney dari Darling Harbour pada malam hari

Pemulihan

East Darling Harbour adalah sebahagian daripada pembangunan pembaharuan urban besar-besaran. Rancangan untuk tapak seluas 18 hektar ini merangkumi pembangunan setengah perniagaan dan tempat tinggal, manakala setengah yang lain untuk tempat terbuka. Kerajaan negeri NSW mengumumkan pelan "Globe Street", sebuah jalan yang dirancang menjadi pusat perdagangan korporat Australia dan Asia Pasifik (gaya daerah "Wall Street" New York). Pembangunan pembaharuan urban ini belum dijangka selesai hingga 2020. East Darling Harbour akan dinamakan Barangaroo.

Wilayah ini adalah tempat Sydney Port Authority dan memiliki sebuah Overseas Passenger Terminal (Wharf 8) yang digunakan terutamanya oleh Pacific Dawn yang merupakan kapal P&O Australia dan pernah diberi khdimat oleh Pacific Sun yang sekarang ditempatkan di Brisbane. MS Sun Princess yang dioperasikan oleh Princess Cruises juga menggunakan Darling Harbour sebagai pelabuhan utamanya.

Daerah ini digunakan sementara untuk World Youth Day 2008. Terdapat beberapa acara, termasuk di antaranya dibuka untuk umum.

Budaya popular

Darling Harbour adalah lokasi kediaman bermusim rancangan TV realiti MTV, The Real World: Sydney, yang ke udara pada 2007. Rumah ini memiliki papan tanda "Darling Harbour" besar di sepanjang tepinya, dan bangunan tinggi World Tower boleh dilihat di belakangnya.

Filem Mighty Morphin' Power Rangers: The Movie, dilakukan penggambarannya di Sydney, memperlihatkan sejumlah adegan di Darling Harbor. Acara musik TV sabtu pagi di Seven Channel, Eclipse Music TV disiarkan setiap minggu di pusat perbelanjaan Harbourside.

Pemandangan Darling Harbour

  • Darling Harbour dilihat dari Sydney Tower.
    Darling Harbour dilihat dari Sydney Tower.
  • Darling Harbour dan Pyrmont Bridge
    Darling Harbour dan Pyrmont Bridge
  • Darling Harbour dengan kompleks Harbourside.
    Darling Harbour dengan kompleks Harbourside.
  • Spiral Fountain, Darling Harbour.
    Spiral Fountain, Darling Harbour.
  • Cockle Bay
    Cockle Bay
  • Cockle Bay di malam hari
    Cockle Bay di malam hari
  • Monumen Olimpik Sydney 2000 di Darling Harbour
    Monumen Olimpik Sydney 2000 di Darling Harbour
  • Pemandangan dari Pyrmont Bridge
    Pemandangan dari Pyrmont Bridge

Rujukan

  1. ^ "Hungry Mile gets minor role". The Sydney Morning Herald. September 12, 2006.
  2. ^ "IMAX Sydney | World's Biggest Screen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-10. Dicapai pada 2015-09-02.

Pautan luar

  • History of Darling Harbour[pautan mati kekal] from official website.

Templat:Mapit-AUS-suburbscale