Cormac McLaggen

Cormac McLaggen adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling. Dia adalah salah satu keeper cadangan dalam pasukan Quidditch pada tahun keenam Harry. Cormac McLaggen adalah penghuni Gryffindor yang setahun lebih tua daripada Harry. Dia diperkenalkan kepada pembaca buat pertama kali dalam perjalanan di atas Ekspres Hogwarts menuju ke Hogwarts.

Cormac McLaggen memiliki perwatakan yang kasar, bercita-cita, dan tidak segan-silu untuk bertindak kekerasan pada orang yang menghalang langkahnya. Digambarkan dalam Harry Potter and the Half-Blood Prince, Cormac tidak pernah menghargai orang lain sehingga tidak disukai ramai orang.

Ketika Harry Potter mengadakan uji bakat pertamanya sebagai Kapten Pasukan Quidditch Gryffindor, McLaggen mencuba posisi sebagai Keeper. Harry tidak menyukai sikap McLaggen yang suka mengarah dan sombong. Malang buat Harry, McLaggen amat bagus dalam uji bakatnya sehingga dijampi oleh Hermione Granger dengan Mantera Confundus yang menyebabkan McLaggen tidak dapat menangkap bola terakhir dan Ron terpilih sebagai Keeper utama Gryffindor. McLaggen tidak dapat menerima kekalahan itu dan menuduh Ginny Weasley melemparkan bola dengan terlalu mudah untuk abangnya. Harry menepis tanggapan itu dan mengatakan bahawa bola balingan Ginny yang paling sukar.

Ketika Ron tidak dapat bermain, McLaggen menggantikannya sebagai Keeper. Hal ini menjadi bencana buat Gryffindor kerana McLaggen tidak henti-henti berlagak sebagai kapten dan menyuruh anggota pasukannya melakukan pelbagai perkara hingga mengabaikan tugas utamanya sebagai Keeper. Ketika di saat genting, dia telah memukul Bludger ke arah Harry dan membuatkannya tidak sedarkan diri. Gryffindor kalah teruk dengan 60-320, membuat McLaggen semakin tidak popular. Setelah Harry sedar, dia bergurau hendak membunuh McLaggen yang menunjukkan kegeramannya terhadap McLaggen.

McLaggen adalah anggota Kelab Slug milik Horace Slughorn kerana bapa saudaranya, Tiberius (kemungkinan Tiberius Ogden, salah seorang ahli Wizengamot yang mengundurkan diri kerana protes terhadap Kementerian Sihir dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix). McLaggen juga terlibat dalam rancangan Hermione menjengkelkan Ron disebabkan Ron berkasihan dengan Lavender Brown. Ini menyebabkan Hermione membiarkan dirinya bersetuju dengan jemputan McLaggen untuk menemaninya ke Jamuan Krismas Slughorn. Tetapi Hermione segera merasa kesal kerana kelakuan McLaggen yang agresif di bawah mistletoe dan perbualannya yang berkisar soal Quidditch sehingga Hermione menghabiskan malam itu dengan kucing untuk menghindarkan diri daripada McLaggen.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Watak utama

Harry Potter | Ron Weasley | Hermione Granger | Albus Dumbledore | Severus Snape | Lord Voldemort

Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |