Cinta Hati Abah

Cinta Hati Abah
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Zara Zya
Nonny Nadirah
Esma Daniel
Farhanna Qismina
Lagu pembukaan"Sesuatu Yang Tak Mungkin" oleh Ziabella
Lagu penutup"Sesuatu Yang Tak Mungkin" oleh Ziabella
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifSadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
PenyuntingRaja Fattah
Nurul Ayu Asyikin Mohd Mokhtar
Kathy Choo
Mat Bros
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 Januari 2016 – 1 Mac 2016
Kronologi
MengikutiAku Pilih Kamu
Diikuti olehDemi Cinta Ain

Cinta Hati Abah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadirah dan Farhanna Qismina.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 20 Januari 2016 menggantikan Aku Pilih Kamu

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan. Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya. Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara. Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan. Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini. Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Nor Zara Sophia sebagai Zaharah (kanak-kanak)

Penerbitan

Penggambaran drama ini sebahagiannya dijalankan di beberapa lokasi di Melaka termasuk Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Rujukan

  1. ^ Drama Cinta Hati Abah (TV3) My Infotaip (19 Januari 2016). Dicapai pada 22 Februari 2016.
  2. ^ Cinta Hati Abah (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 1 April 2019.
  3. ^ Zaidi Mohamad (18 November 2015). Nonny Nadirah akui tuah watak antagonis Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Cinta Hati Abah Berikutnya
Aku Pilih Kamu Demi Cinta Ain