Bar tugasan

Dalam perkomputeran, bar tugasan adalah istilah bagi bar desktop aplikasi yang digunakan bagi melancarkan serta memantau aplikasi di dalam Microsoft Windows 95 dan versi lebih kemudian. Persekitaran pengendalian yang lain juga ada kalanya menampilkan unsur antaramuka yang serupa.

Microsoft Windows

Di dalam Windows, lokasi utama bagi bar tugasan ialah di bahagian bawah skrin, dan kandungannya dari kiri ke kanan ialah menu Start, Bar Pelancar Pantas, butang bar tugasan dan ruang peringatan (sering disalah anggap sebagai dulang sistem[1]). Apabila Windows XP dilancarkan, Microsoft mengubah sifat bar tugasan bagi mengambil manfaat dari hukum Fitt.

  • Menu Start mengandungi perintah bagi mengakses program, dokumen dan ketetapan. Perintah tersebur termasuklah Programs, Documents, Settings, Find, Help, Run, dan Shut Down.
  • Bar Pelancar Pantas, mula diperkenalkan semasa pelancaran Internet Explorer 4, mengandungi pintasan ke beberapa aplikasi. Windows menyediakan entri lalai, seperti Internet Explorer, pengguna perisian pihak ketiga boleh menambah beberapa lagi pintasan yang mereka pilih. Klik sekali pada ikon aplikasi di situ akan melancarkan aplikasi tersebut. Bar tugasan tidak selalunya muncul: contohnya bar tersebut tidak muncul secara lalai di dalam Windows XP, walaupun ia boleh diupayakan.
  • Cangkerang Windows menempatkan butang bar tugasan pada bar tugasan setiap kali tetingkap bebas yang baru muncul (tetingkap yang tidak mengandungi tetingkap induk). Biasanya semua aplikasi SDI berkongsi butang bar tugasan yang sama.
    • Windows XP memperkenalkan himpunan bar tugasan, menghimpunkan semua butang bar tugasan bagi beberapa tetingkap bagi aplikasi yang sama di dalam satu butang. Butang tersebut akan memaparkan menu yang menyenaraikan semua tetingkap yang dihimpunkan apabila diklik. Ini mengelakkan bar tugasan daripada berserabut apabila terlalu banyak tetingkap dibuka dalam satu-satu masa.
    • Windows Vista memperkenalkan satu ciri baru di mana pengguna boleh melihat imej ringkas bagi perisian yang sedang berjalan dalam keadaan masa nyata dengan hanya menggerakkan tetikus ke butang perisian berkenaan pada bar tugasan.
    • Versi pra-beta bagi Windows 7 mula memperkenalkan senarai lompat. Senarai lompat merupakan menu yang menyediakan pintasan ke dokumen yang baru dibuka, ataupun pilihan khas bagi aplikasi berkenaan, yang muncul apabila pengguna mengklik kanan ikon pada bar tugasan.
  • Ruang peringatan mengandungi peringatan status bagi sesetengah perisian, contohnya Winamp, digunakan bagi tetingkap yang dikecilkan. Jam dipaparkan secara lalai di situ, dan aplikasi boleh menempatkan ikon di situ bagi menandakan status operasi atau mengingatkan pengguna mengenai sesuatu keadaan. Contohnya, ikon pencetak akan muncul apabila ada kerja mencetak, ataupun pemacu grafik boleh menyediakan capaian pantas bagi menukar resolusi skrin. Di dalam Windows XP, pengguna boleh memilih untuk memaparkan atau menyembunyikan beberapa ikon, ataupun menyembunyikan ikon jika tidak aktif dalam satu jangka masa tertentu.

Tampilan skrin

Bar tugasan pada versi pra-keluaran Windows 7, dengan dua tugasan yang sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows Vista dengan dua program sedang berjalan
Bar tugasan klasik Vista dengan satu program sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows XP dengan dua program sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows Me tanpa program yang berjalan

Nota

  1. ^ Ruang peringatan paling lazim dirujuk sebagai "dulang sistem" atau "systray". Pembangun Microsoft berwaspada bahawa istilah tersebut tidak tepat; rujukan sebenar kepada "systray" adalah satu ciri yang pada asalnya dirancang untuk Windows 95 tetapi akhirnya digantikan dengan bar tugasan. Pada masa yang sama, frasa "dulang sistem" banyak dijumpai di serata tempat di laman web Microsoft, seperti yang ditulis oleh para pembangun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana salah seorang pembangun Windows, Raymond Chen di "Why do some people call the taskbar the 'tray'?".

Lihat juga

Pautan luar

  • Managing Windows with the Taskbar in Windows XP Diarkibkan 2007-12-13 di Wayback Machine - Panduan bergambar yang tepat mengenai penggunaan bar tugasan Windows bagi meningkatkan produktiviti.
  • Free Launch Bar - Pengganti "bar pelancar pantas" dengan sokongan menu
  • Free XNeat Windows Manager - menambah ciri-ciri tambahan kepada bar tugasan Windows dan ruang peringatan.
  • KDocker - Alatan yang membolehkan pengguna melabuhkan aplikasi di dalan dulang sistem X11.
  • l
  • b
  • s
Teras
Aero · ClearType · Desktop Window Manager · DirectX · Windows Explorer · Bar tugasan · Menu Start · Cangkerang Windows (Shell namespace · Folder khas · File associations) · Windows Search (Carian tersimpan, iFilters) · Antaramuka Peranti Grafik · Windows Imaging Format · Tenggekan TCP/IP generasi seterusnya · Rangka Kerja .NET · Audio · Cetakan (Spesifikasi Kertas XML) · Windows Script Host (VBScript, JScript) · COM (OLE, Automasi OLE, DCOM, ActiveX, Storan berstruktur)
Applikasi
dan perkakasan
Backup and Restore Center · Calculator · Calendar · Character Map · Cmd.exe · Contacts · Control Panel (Applets) · Device Manager · Disk Cleanup · Disk Defragmenter · DVD Maker · Event Viewer · Fax and Scan · Internet Explorer · Journal · Mail · Magnifier · Management Console · Media Center · Meeting Space · Mobile Device Center · Mobility Center · Movie Maker · Narrator · Notepad · Paint · Photo Gallery · PowerShell · Private Character Editor · Problem Reports and Solutions · Remote Assistance · Sidebar · Snipping Tool · Sound Recorder · Sysprep · System Configuration · System File Checker · System Restore · Unix subsystem · Windows Installer · Windows Media Player · Windows Speech Recognition · Task Manager · Windows Update · WordPad · WinSAT
Inti
Ntoskrnl.exe · hal.dll · System idle process · Svchost.exe · Registry · Windows service · Service Control Manager · WOW / WOW64 · DLL · EXE · NTLDR / Boot Manager · Winlogon · Recovery Console · I/O · WinRE · WinPE · Kernel Patch Protection
Servis
AutoPlay · BITS · Task Scheduler · Wireless Zero Configuration · Shadow Copy · Windows Error Reporting · Multimedia Class Scheduler · CLFS
Sistem fail
NTFS (Hard link · Junction point · Mount Point · Reparse point · Symbolic link · TxF · EFS) · FAT32·FAT16·FAT12 · exFAT · CDFS · UDF · DFS · IFS
Server
Domains · Active Directory · DNS · Group Policy · Roaming user profiles · Distributed Transaction Coordinator · MSMQ · SharePoint Services · Windows Media Services · Rights Management Services · IIS · Terminal Services · WSUS · Network Access Protection · DFS Replication · Remote Differential Compression · Print Services
Reka bentuk
Reka bentuk siri NT · Object Manager · Permulaan (Vista) · I/O request packets · Kernel Transaction Manager · Logical Disk Manager · Security Accounts Manager · Windows Resource Protection · LSASS · CSRSS · SMSS
Keselamatan
UAC · BitLocker · Defender · DEP · Protected Media Path · Mandatory Integrity Control · UIPI · Windows Firewall · Security Center
Permainan
Chess Titans · FreeCell · Hearts · Hold 'Em · InkBall · Mahjong Titans · Minesweeper · Purble Place · Solitaire · Spider Solitaire