Anjing pemburu rubah Inggeris

Anjing pemburu rubah Inggeris
Nama lainFoxhound Inggeris
Foxhound
Negara asalEngland
Trait
Tinggi 23–25 in (58–64 cm)
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu rubah Inggeris atau foxhound Inggeris[a] ialah salah satu daripada empat baka anjing pemburu rubah. Ia merupakan baka bersaudara kepada anjing pemburu rubah Amerika. Ia merupakan anjing pemburu bau yang dibiakbakakan untuk memburu rubah melalui bau.

Perihal

Penampilan

Anjing pemburu rubah Inggeris yang berehat

Panduan piawaian baka untuk penunjukan anjing pemburu rubah Inggeris mensyaratkan tinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada paras kelasa.[1] Tengkoraknya tebal dan muncung panjang. Tungkainya berotot, bertulang lurus, dan kakinya bulat, mirip kaki kucing. Anjing pemburu rubah hadir dengan mana-mana warna hound, paling kerap triwarna, sawo matang, merah, atau hitam dengan latar putih.[perlu rujukan]

Perangai

Sekawan anjing pemburu rubah Inggeris

Anjing pemburu rubah Inggeris ialah hound kawanan; maka, ia perlu berbaik-baik dengan anjing lain dan menikmati pendampingan manusia. Ia merupakan baka giat yang menikmati penjejakan rubah dan mempunyai stamina untuk berlari sepanjang hari dengan sedikit rehat.[perlu rujukan]

Kesihatan dan jangka hayat

Ada sangat sedikit masalah kesihatan pada baka ini. Yang kadang-kadang terlihat merupakan displasia pinggul, penyakit ginjal, dan epilepsi. Jangka hayat baka ini biasanya ialah 10–13 tahun.[perlu rujukan]

Sejarah

Anjing pemburu rubah Inggeris pada sekitar tahun 1915

Anjing pemburu rubah Inggeris telah dibiakbakakan selama dua ratus tahun, dengan buku-buku pembaka yang bertarikh kembali sebelum tahun 1800.[1]

Semasa Raj British, anjing pemburu rubah Inggeris dieksport ke India untuk tujuan pemburuan jakal,[2] walaupun oleh sebab cuaca yang agak lebih panas, ia jarang hidup lama.[3] Anjing pemburu rubah lebih dipilih untuk tujuan ini berbanding dengan grehaun, kerana anjing pemburu rubah tidak sepantas grehaun, dan oleh itu mampu mengejar dengan lebih lama dan lebih bersemangat.[4]

Buku-buku pembaka untuk anjing pemburu rubah Inggeris telah disimpan sejak abad ke-18.[5] Susur galur pembiakbakaan dan usaha-usaha orang yang terlibat dalam pembiakbakaan anjing pemburu adalah sangat penting dalam perkembangan berterusan bagi baka pekerja ini. Pertunjukan anak anjing merupakan acara penting dalam takwim perburuan dan membolehkan para pengikut perburuan tempatan dan pembiak baka anjing pemburu yang melawat untuk memeriksa generasi terkini daripada kawanan hound. International Foxhound Association diasaskan pada tahun 2012 untuk promosi antarabangsa bagi anjing pemburu rubah Inggeris sebagai baka.[6]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه ايڠݢريس; فوک‌سهاءون ايڠݢريسcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: English foxhoundcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 159 ENGLISH FOXHOUND" [Piawaian FCI No. 155 Anjing Pemburu Rubah Inggeris] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2009. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  2. ^ Thirteen years among the wild beasts of India: their haunts and habits from personal observation with an account of the modes of capturing and taming elephants (Inggeris) by George P. Sanderson, diterbitkan oleh Asian Educational Services, 2000, ISBN 81-206-1464-X
  3. ^ The living animals of the world; a popular natural history with one thousand illustrations Volume 1: Mammals (Inggeris), oleh Cornish, C. J., 1858-1906; Selous, Frederick Courteney, 1851-1917; Johnston, Harry Hamilton, Sir, 1858–1927; Maxwell, Herbert, Sir, diterbitkan oleh New York, Dodd, Mead and Company
  4. ^ A monograph of the canidae (Inggeris) oleh St. George Mivart, F.R.S, diterbitkan oleh Alere Flammam. 1890
  5. ^ von Pfetten, Jean Christophe. "Baron". Ecovertside (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2017. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  6. ^ "INTERNATIONAL FOXHOUND ASSOCIATION (IFA)". Net1901.org (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

  • Anjing pemburu rubah Inggeris di Curlie
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus