Andre Anura

Andre Anura
Maklumat peribadi
Nama penuhAndre Anura Anuar
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1999-06-12) 12 Jun 1999 (umur 24)
Ketinggian169 cm (5 ka 7 in)
Sukan
SukanOlahraga
AcaraLompat kijang, lompat jauh
Rekod pingat
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia Tenggara
Pingat perak – tempat kedua 2019 Filipina Lompat jauh
Pingat emas – tempat pertama 2021 Hanoi Lompat kijang
Pingat emas – tempat pertama 2023 Phnom Penh Lompat kijang
Sukan Sekolah ASEAN
Pingat emas – tempat pertama 2015 Bandar Seri Bengawan Lompat jauh

Andre Anura Anuar (lahir 12 Jun 1999) ialah seorang atlet Malaysia.[1]

Kehidupan awal dan latar belakang

Andre dilahirkan pada 12 Jun 1999 di Tenom, Sabah, Malaysia. Beliau bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia di Sepanggar.[2]

Kerjaya olahraga

Beliau memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun dengan menyertai Sukan Sekolah ASEAN 2015 apabila beliau mendapat naib juara dalam lompat jauh.

Pada 2019, Andre mencuri tumpuan selepas memecahkan rekod lompat jauh 12 tahun Josbert Tinus dengan lompatan 8.02 meter (m) untuk memenangi pingat perak di Sukan Asia Tenggara 2019. Rekod itu, yang menyaksikan Andre memadamkan rekod sebelumnya 7.88m oleh Josbert Tinus pada Kejohanan Terbuka Thai CDI Bangkok pada Oktober 2007.[3]

Rujukan

  1. ^ "Profil Anura". World Athletics. Dicapai pada 14 Mei 2023.
  2. ^ "Tenom lad flies M'sian flag". Daily Express. 16 July 2015. Dicapai pada 6 August 2022.
  3. ^ "Andre Anura lebur rekod kebangsaan berusia 12 tahun". Astro Awani. Dicapai pada 2022-08-05.

Pautan luar

  • [1] profil di Olahraga Dunia
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
  • World Athletics
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
  • World Athletics