Aaron Swartz

Aaron Swartz
Kelahiran
Aaron Hillel Swartz

(1986-11-08)8 November 1986
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
Meninggal duniaJanuari 11, 2013(2013-01-11) (umur 26)
Crown Heights, Brooklyn, New York, A.S.
Sebab kematianBunuh diri dengan menggantung
PekerjaanPemaju peranti mudah alih, penulis, aktivis internet
Laman web rasmiaaronsw.com

Aaron Hillel Swartz (8 November 1986 – 11 Januari 2013)[1] ialah seorang pengaturcara, aktivis internet, pengurus politik, aktivis, dan penulis Amerika Syarikat.

Swartz terlibat dalam pembangunan format suapan web RSS, pertubuhan Creative Commons, kerangka laman web.py dan laman berita sosial Reddit, yang mana beliau menjadi rakan kongsi setelah penggabungan dengan syarikatnya, Infogami.

Swartz memberi tumpuan kepada sosiologi, kesedaran masyarakat dan aktivisme. Beliau membantu melancarkan Jawatankuasa Kempen Perubahan Progresif pada 2009 untuk mempelajari lebih lanjut tentang aktivisme dalam talian yang berkesan. Pada tahun 2010 beliau menjadi penyelidik di Universiti Harvard, Safra Research Lab tentang Korupsi Kewibawaan, yang dipimpin oleh Lawrence Lessig. Beliau menubuhkan kumpulan Demand Progress secara dalam talian, yang dikenali dalam kempen menentang cetak rompak (SOPA).

Pada 6 Januari 2011, Swartz ditangkap oleh polis MIT atas tuduhan menceroboh masuk kampus dan secara sistematik memuat turun artkel-artikel jurnal akademik dari JSTOR. Pemdakwa raya persekutuan kemudian menuduhnya dengan 2 tuduhan penipuan dan 11 pelanggaran terhadap Penyalahgunaan Komputer dan Pelanggaran UU, dengan hukuman denda maksima kumulatif $1 juta, 35 tahun penjara, penyitaan aset, restitusi, dan diawasi.[2]

Dua tahun kemudian, dua hari setelah pendakwa raya menolak tawaran peguamnya yang kedua, Swartz ditemui mati menggantung diri di apartmennya di Brooklyn, New York.[3][4] Pada tahun 2013, Swartz dimasukkan ke Dewan Kemasyhuran Internet secara anumerta.[5]

Rujukan

  1. ^ Yearwood, Pauline (February 22, 2013). "Brilliant life, tragic death". Chicago Jewish News. p. 1.
  2. ^ http://www.justice.gov/usao/ma/news/2011/July/SwartzAaronPR.html
  3. ^ "Aaron Swartz, Tech Prodigy and Internet Activist, Is Dead at 26". Time. January 13, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada October 21, 2019. Dicapai pada January 13, 2013.
  4. ^ "Aaron Swartz, internet freedom activist, dies aged 26". BBC News. January 13, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2013. Dicapai pada January 13, 2013.
  5. ^ "Internet Hall of Fame Announces 2013 Inductees". Internet Hall of Fame. June 26, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2020. Dicapai pada August 3, 2013.

Pautan luar

Ketahui lebih lanjut tentang Aaron Swartz di Wikipedia:
Imej dan media dari Commons
Berita dari Wikiberita
  • Tapak web rasmi
  • "Official statement from the family and partner of Aaron Swartz", Remember Aaron Swartz, Tumblr, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13, dicapai pada 2013-01-15.
  • The Aaron Swartz Collection at Internet Archive
  • Aaron Swartz di Twitter
  • Aaron Swartz di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Aaron Swartz "How we stopped SOPA" keynote speech at Freedom to Connect Conference, May 21 2012 (video).
  • Aaron Swartz "We can change the world" interview, January 2010 (video).
  • "An Incredible Soul": Lawrence Lessig Remembers Aaron Swartz Democracy Now!, January 14, 2013
  • "Guerilla Open Access Manifesto", archive.org, July 2008. "Guerilla" is the spelling used; "Eremo, Italy" is the location noted on the document; "eremo" means "hermitage" and the word appears in a number of Italian place names.
  • l
  • b
  • s
Reddit
Sejarah
  • Garis masa
  • Alien Blue
  • Imgur
  • Lower Duck Pond
  • Mister Splashy Pants
  • The Button
  • Place
Subreddit
  • AskHistorians
  • AskReddit
  • Changemyview
  • Dataisbeautiful
  • IAmA
  • Malaysia
  • NoFap
  • Reddit Public Access Network
  • RedditGifts
  • Science
  • wallstreetbets
  • Subreddit kontroversi
    • The_Donald
Orang
Eksekutif semasa
Bekas eksekutif
Pengguna
  • Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Belanda
Pangkalan data saintifik
  • DBLP (sains komputer)
Lain-lain