367 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 38-an SM
  • 37-an SM
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
Tahun:
  • 370 SM
  • 369 SM
  • 368 SM
  • 367 SM
  • 366 SM
  • 365 SM
  • 364 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Epaminondas, jeneral Theban, sekali lagi menyerang tentera Peloponnesos tetapi pada masa ini, beliau tidak mencapai apa-apa selain daripada mendapatkan Sicyon bersekutu dengan Thebes. Apabila beliau kembali ke Thebes, beliau dibicarakan sekali lagi, dan sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan.
  • Archidamus III, anak lelaki Agesilaus II dari Sparta, mengetuai angkatan tentera Sparta yang mencapai kejayaan terhadap tentera Arcadia.
  • Pelopidas, ketua masyarakat Thebes, diutus ke Empayar Parsi untuk memujuk Raja Artasyirsis II supaya mencadangkan penyelesaian terhadap pertikaian negara-negara Greek menurut kehendak Thebes. Artaxerxes II mengeluarkan edik yang terdiri daripada syarat-syarat perdamaian untuk negara-negara Greek, tetapi ediknya tidak dipatuhi oleh sebarang negara tersebut.

Republik Rom

  • Semasa Gaius Licinius (Calvus) Stolo merupakan tribun di Rom selama sepuluh tahun (376 SM hingga 367 SM), beliau banyak mengurangkan permusuhan antara ningrat dengan marhaen melalui pembaharuan sebilangan undang-undang. Pada tempoh jawatannya, beliau mencadangkan Lex Licinia Sextia yang memulihkan kekonsulan kepada golongan marhaen, memerlukan kerusi konsul marhaen, mengehadkan jumlah tanah awam yang seseorang boleh dimiliki oleh seseorang, serta mengawal hutang-hutang. Para ningrat menentang undang-undang ini, walaupun undang-undang itu akhirnya diluluskan dan dikuatkuasakan mulai dari 366 SM.
  • Candi dewi Concordia di Forum Romanum, Rom dibina oleh Marcus Furius Camillus.

Sicily

  • Dionysius I dari Syracuse mangkat dan diwarisi sebagai penzalim oleh anak lelakinya, Dionysius II. Oleh sebab Dionysius II adalah lemah dan kurang berpengalaman, Dion, adik ipar Dionysius I, mengambil alih kuasa dan memujuk Plato, kawannya, supaya melatih Dionysius II dalam penggunaan praktik tentang prinsip-prinsip falsafahnya.
  • Dionysius II berdamai dengan Carthage atas syarat-syarat yang sama dengan syarat-syarat yang dikenakan pada bapanya selepas ditewaskan oleh Carthage pada dekad yang lalu.

Mengikut topik

Falsafah

  • Aristoteles, ahli falsafah dan ahli sains Yunani, pergi ke Athens untuk berguru dengan Plato.

Kelahiran

  • Ptolemaios I, raja Mesir pengasas wangsa Ptolemaios (mangkat 283 SM).

Kematian

  • Dionysius, penzalim Syracuse (lahir 430 SM)
  • Portal Sejarah