1976

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1976. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1976 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
  • abad ke-19
  • abad ke-20
  • abad ke-21
Dekad:
  • 1950-an
  • 1960-an
  • 1970-an
  • 1980-an
  • 1990-an
Tahun:
  • 1973
  • 1974
  • 1975
  • 1976
  • 1977
  • 1978
  • 1979

1976 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 28 Zulhijah 1395 hingga 9 Muharam 1397.

Peristiwa

Tarikh tepat tidak pasti

  • Elcaset, sebuah format audio yang tidak wujud lama, dicipta oleh Sony.
  • Komputer Apple I disiapkan oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs dan dijual pada harga AS$666.66.
  • TMS 9900, sebuah mikropemproses 16-bit, dikeluarkan oleh Texas Instrument.
  • Unit pemprosesan pusat (CPU) tiga cip MCP-1600 dikeluarkan oleh Western Digital.
  • Electric Pencil, perisian pemproses kata yang pertama untuk mikrokomputer, dihasilkan oleh Micheal Shrayer.
  • Rutin perisian BASIC untuk Altair ditulis oleh Bill Gates.
  • Reka bentuk dan kod sumber Tiny BASIC yang lengkap diterbitkan dalam Jurnal Dr. Dobb.
  • Sistem Komputer Altos ditubuhkan oleh David Jackson.
  • Syarikat Apple Computer, Inc. ditubuhkan oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs.
  • Computer Shack ditubuhkan dan kemudiannya dinamai ComputerLand.
  • Nama Microsoft didaftarkan.
  • Bill yang berhenti dari Universiti Harvard pada tahun ini menulis sepucuk surat untuk mengemukakan bantahan mengenai cetak rompak perisian.
  • Konvensyen pertama komputer Altair di Albuquerque.

Kelahiran

Kematian